Home » Citra Yadim » Program Fun Walk YADIM-Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM)

Program Fun Walk YADIM-Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM)

SANTAI Namun matlamat sampai. Demikian yang berjaya dilaksanakan YADIM Perlis menerusi Program Fun Walk YADIM-Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) pada 18 Ogos.
Seramai 150 peserta menyertai program sempena sambutan bulan kemerdekaan ini.
Bermula di Dewan Banquet SUK Perlis dengan sesi bergambar bersama Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Yusran Shah Mohd Yusof sebelum mereka mengikuti program YADIM Interaktif: Motivasi Santai bersama penceramah jemputan.
Pelepasan Fun Walk kemudiannya disempurnakan oleh Pengarah APM Perlis, Lt Kol (PA) Mohd Izaimi Md Daud untuk para peserta berjalan dan riadah sejauh tiga kilometer.
Hadir ke program ini ialah Penolong Pengarah YADIM Perlis, Ustaz Mohd Afifi Ruslan.

Artikel Berkaitan

Ukuran haji mabrur

Ibadat haji merupakan kewajipan bagi umat Islam yang mampu dan menjadi rukun Islam kelima. Tentunya setiap kewajipan yang ditetapkan oleh Allah SWT

Syahristani tajam dalam ilmu perbadingan

  Syahristani adalah seorang ulama terkenal abad ke-21 khususnya di bidang teologi, sejarah dan agama. Ia juga dikenali sebagai ahli perbandingan agama.

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *