Home » Citra Yadim » Kunjung Hormat Yayasan Food Bank Malaysia (YFBM)

Kunjung Hormat Yayasan Food Bank Malaysia (YFBM)

YADIM Sangat mengalu alukan sebarang pihak yang mahu menjalin kerjasama bagi menyantuni pelbagai lapisan masyarakat.
Baru baru ini, Yayasan Food Bank Malaysia (YFBM) telah mengadakan kunjung hormat kepada Yang Dipertua YADIM, Datuk Hasanuddin Mohd Yunus di ibu pejabat YADIM di Putrajaya bagi membincangkan cadangan kerjasama yang boleh dijalin antara kedua pihak.
Mewakili YFBM ialah Ketua Pegawai Eksekutifnya, Encik Johan Halid serta pihak pengurusannya. Pengarah Bahagian Khidmat Bakti YADIM, Encik Abdul Qaiyum Aris hadir sama dalam pertemuan ini.
YFBM adalah sebuah pertubuhan bukan kerajaan yang menyelaras pengumpulan dan pengagihan bantuan makanan kepada asnaf di seluruh negara dengan kerjasama Kementerian Dalam Negeri (KDN), Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDNKSH), Kementerian Pembangunan Wanita dan Kemajuan Masyarakat (KPWKM), Pusat Pungutan Zakat (PPZ) dan berbagai agensi kerajaan serta swasta.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *