Home » Citra Yadim » Program Pengurusan Jenazah Wanita

Program Pengurusan Jenazah Wanita

SELEPAS Hospital Kulim baru-baru ini, YADIM Kedah/Perlis telah menganjurkan program Pengurusan Jenazah Wanita yang dianjurkan bersama Jabatan Kebajikan Masyarakat Kubang Pastu dan Asrama Akhlak (P) Jitra.
Selain objektif memberi pendedahan ilmu kepada para peserta, program ini juga berhasrat menyantuni remaja di asrama berkenaan, bagi menunjukkan mereka sentiasa tidak dilupakan.
Program setengah hari pada 15 September ini melibatkan 50 peserta wanita yang diberikan pengisiannya oleh pesara Kor Agama Angkatan Tentera, Ustazah Sabariyah Salleh.
Bermula jam 8 pagi, para peserta diberi pendedahan secara teori sebelum menjalani latihan praktikal.
Turut bersama ialah Pengerusi Kebajikan Kanak-Kanak Daerah Kubang Pasu, Haji Fuad Ashaari dan Pegawai Agama Asrama Akhlak (P) Jitra, Ustaz Mohamad Shafie.

Artikel Berkaitan

Maqasid haji membina kesatuan ummah

Ibadah haji merupakan salah satu daripada rukun Islam yang menjadi tunjang dalam kehidupan seorang Muslim. Ia adalah manifestasi ketaatan kepada Allah SWT

Ukuran haji mabrur

Ibadat haji merupakan kewajipan bagi umat Islam yang mampu dan menjadi rukun Islam kelima. Tentunya setiap kewajipan yang ditetapkan oleh Allah SWT

Syahristani tajam dalam ilmu perbadingan

  Syahristani adalah seorang ulama terkenal abad ke-21 khususnya di bidang teologi, sejarah dan agama. Ia juga dikenali sebagai ahli perbandingan agama.

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *