Home » Citra Yadim » Program Wacana Malaysia Madani di Sabah

Program Wacana Malaysia Madani di Sabah

PENDIDIKAN Sentiasa menjadi keutamaan YADIM. Ia diterjemahkan menerusi pelbagai penganjuran program melibatkan bukan sahaja pelajar, tetapi juga warga pendidik di seluruh negara.
Sabah menjadi lokasi terbaharu program sedemikian apabila pada 15 September, dianjurkan program Wacana Malaysia Madani bersama Pengetua, Penolong Kanan dan Guru-Guru Pendidikan Islam di negeri tersebut.
Seramai 350 peserta warga pendidik menyertai program di Auditorium Ahmad Raffae, Menara Tun Mustapha, Kota Kinabalu ini.
Ia merupakan anjuran bersama YADIM, Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) Negeri Sabah dan Sektor Pendidikan Islam (SPI), Jabatan Pendidikan Negeri Sabah dengan kerjasama Badan Kebajikan Islam Yayasan Sabah.
Timbalan Menteri Sumber Manusia, Yang Berhormat Tuan Mustapha @ Mohd Yunus Sakmud telah menyempurnakan perasmian majlis.
Pengisian utama program ialah Wacana Madani menampilkan Presiden WADAH Dato’ Haji Ahmad Azam Abdul Rahman dan Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Sabah, Haji Abd. Rahman Yakub. Penolong Pengarah SPI, Ustaz Abd Wahab Abd Hamid pula bertindak sebagai moderator.
YADIM turut mengadakan sidang selari untuk para peserta dalam program ini.
Pengarah Kanan Sektor Pembangunan Ummah dan Wanita YADIM, Encik Ahmad Saparudin Yusup dan Penolong Pengarah Bahagian Penyelarasan Ngo Dan Rakan Strategik, Encik Abdul Hafiz Mat Tuah hadir mewakili badan dakwah ini.
Foto Ihsan WADAH Sabah.

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *