Home » Citra Yadim » YADIM Interaktif: Seminar Lindungi Diri dan Keluarga

YADIM Interaktif: Seminar Lindungi Diri dan Keluarga

CAKNA Dengan situasi kesihatan mental yang semakin membimbangkan ketika ini, YADIM Terengganu dan Wanita IKRAM Terengganu bekerjasama menganjurkan program YADIM Interaktif: Seminar Lindungi Diri dan Keluarga.
Bertempat di Dewan Konvensyen Yayasan Pembangunan Usahawan, Kuala Terengganu, program pada 14 Oktober ini antara lain bertujuan memberi kesedaran serta kefahaman tentang isu kesihatan dan kesejahteraan mental.
Ia turut berhasrat memberi pendidikan kepada orang ramai tentang aspek-aspek penjagaan kesihatan mental dan kepentingannya serta mencadangkan tindakan dan peranan yang perlu dimainkan bagi melindungi diri, keluarga dan masyarakat daripada dibelenggu oleh permasalahan kesihatan mental seperti tekanan, kemurungan, kerisauan, dan lain-lain.
Program ini juga mengambil langkah bersepadu dengan kerjasama pelbagai pihak bagi membendung isu berkaitan daripada terus merebak dalam masyarakat.
Program dimulakan dengan ceramah ‘Kesihatan dan Kesejahteraan: Am I Ok ?’ oleh Kaunselor dan Pengurus Rumah Teratai, pusat perlindungan di Selangor, Puan Dhizal Aziz.
Ia kemudiannya diteruskan dengan sesi Forum bertajuk ‘Kesihatan Mental, Cakna Atau Abai’ menampilkan Pegawai Psikologi
Hospital Pengajar, Universiti Sultan Zainal Abidin, Puan Norsuhana Emilinadiah Husin
dan Penolong Pengarah Kanan, Unit Kaunseling Keluarga & Intervensi Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) Terengganu, Puan Nur Mahirah Mahmud serta Pakar Perunding Psikiatri Hospital Sultanah Nurzahirah, Dr. Tuan Sharipah Tuan Hadi.
Moderator bagi forum ini ialah Dr. Shahmi Shakri Mohd Salleh dari Klinik IKRAM Kuala Terengganu.
Ketua Wanita IKRAM Terengganu, Hajah Marlina Manshor, menyampaikan ucapan aluan ketika sesi perasmian sebelum Pengarah YADIM Terengganu, Ustaz Nasrol Hadi Saiadin menyempurnakan perasmian.
Program sempena dengan Sambutan Hari Kesihatan Mental Sedunia yang diraikan pada 10 Oktober setiap tahun, diharapkan menjadi salah satu usaha bersama dalam meningkatkan kesedaran umum tentang kepentingan serta menjana sokongan tentang aspek-aspek penjagaan kesihatan mental.

Artikel Berkaitan

Ukuran haji mabrur

Ibadat haji merupakan kewajipan bagi umat Islam yang mampu dan menjadi rukun Islam kelima. Tentunya setiap kewajipan yang ditetapkan oleh Allah SWT

Syahristani tajam dalam ilmu perbadingan

  Syahristani adalah seorang ulama terkenal abad ke-21 khususnya di bidang teologi, sejarah dan agama. Ia juga dikenali sebagai ahli perbandingan agama.

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *