Home » Citra Yadim » Majlis Perasmian Konvensyen Kepimpinan Mahasiswa Madani POLYCC – YADIM

Majlis Perasmian Konvensyen Kepimpinan Mahasiswa Madani POLYCC – YADIM

MAJLIS Perasmian Konvensyen Kepimpinan Mahasiswa Madani POLYCC – YADIM telah berlangung pada 20 Oktober di Politeknik Ungku Omar (PUO), Ipoh, Perak.
Ucapan aluan telah disampaikan oleh Pengarah PUO, Dr. Shamsuri Abdullah selaku tuan rumah program konvensyen pada kali ini.
Ujarnya, antara objektif yang digariskan bagi penganjuran konvensyen tersebut adalah memupuk semangat perpaduan dan saling membantu melalui aktiviti kesukarelawanan yang dianjurkan di kalangan pemimpin mahasiswa.
Ia secara tidak langsung katanya dapat memupuk budaya kepimpinan yang mempunyai ciri-ciri aspirasi Malaysia Madani dalam kalangan mahasiswa demi kelangsungan kepimpinan di negara ini.
Turut menyampaikan ucapan aluan penganjur bersama adalah Pengarah Kanan Sektor Pembangunan Ummah dan Wanita YADIM, Encik Ahmad Saparudin Yusup
Majlis perasmian ini disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Taqwa Wilayah Persekutuan, Tuan Haji Zabidi Nasan
Seramai 237 pemimpin pelajar daripada 92 ahli Majlis Perwakilan Pelajar dari 32 buah politeknik dan 145 ahli Jawatankuasa Perwakilan Pelajar dari 72 buah Kolej Komuniti menghadiri konvensyen yang berlangsung hingga 21 Oktober ini.

Artikel Berkaitan

Maqasid haji membina kesatuan ummah

Ibadah haji merupakan salah satu daripada rukun Islam yang menjadi tunjang dalam kehidupan seorang Muslim. Ia adalah manifestasi ketaatan kepada Allah SWT

Ukuran haji mabrur

Ibadat haji merupakan kewajipan bagi umat Islam yang mampu dan menjadi rukun Islam kelima. Tentunya setiap kewajipan yang ditetapkan oleh Allah SWT

Syahristani tajam dalam ilmu perbadingan

  Syahristani adalah seorang ulama terkenal abad ke-21 khususnya di bidang teologi, sejarah dan agama. Ia juga dikenali sebagai ahli perbandingan agama.

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *