Home » Citra Yadim » YADIM Terengganu: Program Aspirasi Remaja Madani

YADIM Terengganu: Program Aspirasi Remaja Madani

PROGRAM Aspirasi Remaja Madani anjuran YADIM Terengganu di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bukit Mentok telah berlangsung pada 24 Oktober.
Seramai 660 orang pelajar dan guru memenuhi dewan sekolah, lokasi program berkenaan berlangsung.
Program ini menampilkan mantan Timbalan Yang Dipertua IKRAM Kemaman, Ustaz Idris Kassim, sebagai penceramah jemputan.
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid SMK Bukit Mentok, Cikgu Jamal Mohamad berkata, beliau berharap kerjasama dengan YADIM bersama Wanita IKRAM Kemaman akan berpanjangan selepas ini kerana ia membuka peluang pelajarnya terlibat dengan pelbagai pengisian khususnya pembangunan jati diri.
Penyelaras program ini adalah Encik Syamsul Firdaus Shamsuddin, daripada YADIM Terengganu.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *