Home » Citra Yadim » YADIM Interaktif di SMKA Al-Mashoor (Lelaki) Pulau Pinang

YADIM Interaktif di SMKA Al-Mashoor (Lelaki) Pulau Pinang

LENSA Program YADIM Interaktif bertajuk ‘Qudwah Hasanah & Al-Aqsa’ di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Al-Mashoor (Lelaki) Pulau Pinang pada 27 Oktober.
Dianjurkan YADIM Pulau Pinang, ia bertujuan bagi memupuk rasa cinta dan sayang terhadap bumi serta saudara seagama di bumi Palestin bermula daripada bangku sekolah lagi.
Ia juga mengambil semangat ucapan Perdana Menteri,Yang Amat Berhormat Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika Himpunan Malaysia Bersama Palestine pada 24 Oktober di Axiata Arena, Bukit Jalil.
Program tersebut turut dihadiri oleh Pengarah YADIM Pulau Pinang, Ustaz Mohammad Fadzil Alias, Pengetua SMKA Al-Mashoor (Lelaki) Pulau Pinang, Ustaz Suhaimi Othman serta barisan guru-guru sekolah dan pelajarnya.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *