Home » Citra Yadim » YDP YADIM diundang ke Pertandingan Seni Keris 2023

YDP YADIM diundang ke Pertandingan Seni Keris 2023

YANG Dipertua YADIM, Datuk Hasanuddin Mohd Yunus telah diundang ke Pertandingan Seni Keris 2023 yang diadakan di Kompleks Kejiranan Presint 9, Putrajaya pada 5 November.
Beliau turut diberi kepercayaan menjadi juri dalam pertandingan busana lelaki dan wanita, pertandingan kesenian pembikinan keris Bugis dan Jawa, serta desingan bilah keris dan diikuti menyampaikan hadiah kepada pemenang.
Program anjuran Galeri Sumangek Warisan ini bertujuan melestarikan seni budaya warisan Nusantara yang semakin dilupakan serta memperkenalkannya kepada generasi baharu tentang warisan berkenaan.
Dalam ucapannya, Datuk Hasanuddin antara lain menyentuh tentang kisah Nabi Daud, sebagai insan pertama menempa besi untuk membuat senjata dan baju besi.
Beliau berharap lebih banyak penganjuran seperti ini agar anak-anak orang Islam mengenali peninggalan kemahiran dan warisan mereka.

Artikel Berkaitan

Maqasid haji membina kesatuan ummah

Ibadah haji merupakan salah satu daripada rukun Islam yang menjadi tunjang dalam kehidupan seorang Muslim. Ia adalah manifestasi ketaatan kepada Allah SWT

Ukuran haji mabrur

Ibadat haji merupakan kewajipan bagi umat Islam yang mampu dan menjadi rukun Islam kelima. Tentunya setiap kewajipan yang ditetapkan oleh Allah SWT

Syahristani tajam dalam ilmu perbadingan

  Syahristani adalah seorang ulama terkenal abad ke-21 khususnya di bidang teologi, sejarah dan agama. Ia juga dikenali sebagai ahli perbandingan agama.

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *