Home » Citra Yadim » Sesi penilaian dan penaziran perkuatkan Daie YADIM hadapi cabaran mendatang

Sesi penilaian dan penaziran perkuatkan Daie YADIM hadapi cabaran mendatang

Mereka juga adalah insan biasa tetapi terpilih menggalas tanggungjawab untuk melestari gerakan dakwah bersama Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM).
Dalam diri mereka sudah terpahat keinginan untuk terus istiqomah dan komited untuk meneruskan legasi dakwah sejajar dengan visi dan misi Yadim.
Hari ini, Selasa (22 November 2023, para Daie Komuniti Yadim (DKY) telah menjalani penaziran dan penilaian sebagai salah satu inisiatif untuk mempertingkatkan kompetensi diri dalam lapangan dakwah.
Para DKY ini yang bertugas di PPR ini telah dinilai prestasi gerak kerjanya oleh Bahagian Pembangunan Du’at yang diketuai oleh Hajah Rohaizah binti Jawahir Pengarah Bahagian, Encik Zamzarizal Md Ariffin Ketua Unit Daie Komuniti. Turut bersama dalam penilaian ialah Ustazah Azian Penolong Pengarah, Ustaz Aswad dan Ustaz Zuhaini Jelani.
Untuk sesi pertama ini melibatkan DKY di PPR Sri Semarak dan PPR Sri Sabah. Sesi kedua akan diadakan pada Khamis 23 November.

Artikel Berkaitan

Maqasid haji membina kesatuan ummah

Ibadah haji merupakan salah satu daripada rukun Islam yang menjadi tunjang dalam kehidupan seorang Muslim. Ia adalah manifestasi ketaatan kepada Allah SWT

Ukuran haji mabrur

Ibadat haji merupakan kewajipan bagi umat Islam yang mampu dan menjadi rukun Islam kelima. Tentunya setiap kewajipan yang ditetapkan oleh Allah SWT

Syahristani tajam dalam ilmu perbadingan

  Syahristani adalah seorang ulama terkenal abad ke-21 khususnya di bidang teologi, sejarah dan agama. Ia juga dikenali sebagai ahli perbandingan agama.

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *