Home » Citra Yadim » Program Aspirasi Remaja Madani Tahsin Ibadah; Pengurusan Jenazah

Program Aspirasi Remaja Madani Tahsin Ibadah; Pengurusan Jenazah

PENDIDIKAN kekal menjadi saluran dakwah cukup berkesan yang sentiasa dimanfaatkan oleh YADIM Terengganu.
Selaras dengan itu, program Aspirasi Remaja Madani Tahsin Ibadah dengan tajuk Pengurusan Jenazah telah diadakan oleh YADIM Terengganu di Dewan KesUMa Sekolah Kebangsaan (SK) Kesom Kuala Terengganu pada 18 Januari.
Seramai 150 pelajar tahun 5 dan 6 menyertai program setengah hari ini. Pendakwah bebas, Ustaz Ahmad Syafiq Rahim telah dijemput memberi pengisian.
Para pelajar yang menyertai program telah diberi pendedahan secara teori dan praktikal mengenai kaedah pengurusan jenazah yang betul.
Guru Besar SK Kesom, Haji Hashim Omar serta Pengarah YADIM Terengganu, Ustaz Nasrul Hadi Saiadin terlibat sama dalam program ini.

Artikel Berkaitan

Maqasid haji membina kesatuan ummah

Ibadah haji merupakan salah satu daripada rukun Islam yang menjadi tunjang dalam kehidupan seorang Muslim. Ia adalah manifestasi ketaatan kepada Allah SWT

Ukuran haji mabrur

Ibadat haji merupakan kewajipan bagi umat Islam yang mampu dan menjadi rukun Islam kelima. Tentunya setiap kewajipan yang ditetapkan oleh Allah SWT

Syahristani tajam dalam ilmu perbadingan

  Syahristani adalah seorang ulama terkenal abad ke-21 khususnya di bidang teologi, sejarah dan agama. Ia juga dikenali sebagai ahli perbandingan agama.

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *