Home » Citra Yadim » KEMUDA menerima kunjungan hormat RSY USIM

KEMUDA menerima kunjungan hormat RSY USIM

BAHAGIAN Kepimpinan Muda (KEMUDA) YADIM telah menerima kunjungan hormat seramai 30 orang barisan pimpinan Rakan Siswa YADIM (RSY) Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) pada 23 Januari.
Kunjungan hormat ini bertujuan mengukuhkan hubungan antara RSY USIM dan Bahagian Kepimpinan Muda YADIM serta pembentangan perancangan program-program yang akan dilaksanakan diperingkat kampus dan negeri.
Hadir ke pertemuan ini ialah Ustaz Muhammad Nur Fathi Mohd@Mohamad selaku penasihat Rakan Siswa YADIM USIM.
Manakala mewakili Bahagian Kepimpinan Muda adalah Ketua Unit IPT Bahagian Kepimpinan Muda, Ustaz Farisul Islam Fakhrul Adabi dan Penolong Pengarah Bahagian Kepimpinan Muda YADIM, Cik Anis Razani.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *