Home » Citra Yadim » Program Nadwah Kepemimpinan Islam (NKI) KEMUDA

Program Nadwah Kepemimpinan Islam (NKI) KEMUDA

LENSA Hari kedua Nadwah Kepemimpinan Islam (NKI) pada 25 Januari bertempat di Institut Pendidikan Guru Kampus Dato’ Razali Ismail, Batu Rakit Terengganu.
Antara aktiviti yang telah diadakan ialah Kembara Eksplorasi apabila para peserta perlu menyelesaikan tugasan secara berkumpulan dengan penglibatan seramai 14 orang fasilitator daripada Daie Muda YADIM (DMY) dan Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM).
Seterusnya, kesemua 144 orang peserta telah bersaing dalam pertandingan Ikon Dakwah peringkat saringan yang dinilai oleh jurulatih utama , para murabbi daripada sekolah berasrama penuh serta penglibatan YADIM dan PKPIM.
Para peserta yang berjaya akan mara ke peringkat seterusnya untuk berentap di Pentas Akhir Ikon Dakwah pada hari seterusnya.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *