Home » Citra Yadim » Program Leadership Talk bersama YDP YADIM

Program Leadership Talk bersama YDP YADIM

KUNJUNGAN Yang Dipertua YADIM, Datuk Hasanuddin Mohd Yunus ke Kelantan turut diisi dengan program bersama siswa guru di Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Kota Bharu pada 27 Januari.
Program Leadership Talk bersama YDP YADIM menyaksikan seramai 150 orang siswa guru telah hadir dalam program ini yang menampilkan Pengerusi Rakan Siswa YADIM IPG Kampus Kota Bharu, saudara Mohamad Firkri Abdul Ghani sebagai moderator dan Datuk Hasanuddin sebagai ahli panel.
Program selama satu jam setengah ini membicarakan peranan guru muda dalam membangunkan negara.
Turut hadir ialah Pengarah YADIM Negeri Kelantan, Ustaz Mahadi Awang, Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar IPG Kota Bharu, Dr. Osman Kadir dan Penyelaras Komunikasi Korporat IPG Kota Bharu, Tuan Haji Muhaimi Saifuddin Bin Mohamad Salleh.

Artikel Berkaitan

Ukuran haji mabrur

Ibadat haji merupakan kewajipan bagi umat Islam yang mampu dan menjadi rukun Islam kelima. Tentunya setiap kewajipan yang ditetapkan oleh Allah SWT

Syahristani tajam dalam ilmu perbadingan

  Syahristani adalah seorang ulama terkenal abad ke-21 khususnya di bidang teologi, sejarah dan agama. Ia juga dikenali sebagai ahli perbandingan agama.

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *