Home » Citra Yadim » Majlis penutupan Nadwah Kepimpinan Islam (NKI)

Majlis penutupan Nadwah Kepimpinan Islam (NKI)

NADWAH Kepemimpinan Islam Sekolah Berasrama Penuh Peringkat Kebangsaan kali ke-41 melabuhkan tirainya dengan majlis penutupan yang telah diadakan pada 28 Januari.
Bertempat di Institut Pendidikan Guru Kampus Dato’ Razali Ismail, Terengganu, program ini telah diadakan selama 5 hari bermula 24 hingga 28 Januari melibatkan seramai 144 orang peserta dari Sekolah Berasrama Penuh (SBP) seluruh Malaysia.
Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Pengarah Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh, Encik Ab. Aziz Mamat K.M.W.
Beliau merakamkam penghargaan kepada YADIM selaku rakan strategik bagi program ini dan berharap akan meneruskan kerjasama ini dalam program-program seterusnya.
Ketua Pegawai Eksekutif YADIM, Ustaz Zamri Zainal Abidin pula dalam ucapannya berkata, YADIM akan terus menjadi penyumbang untuk mengasah bakat anak-anak dan seterusnya melahirkan pemimpin-pemimpin negara pada masa akan datang.
Turut hadir dalam majlis penutupan ini ialah
Pengarah Bahagian Kepimpinan Muda YADIM, Encik Syahrizal Mat, Pengarah YADIM Negeri Terengganu, Ustaz Nasrul Hadi Saiadin, para pegawai YADIM dan Persatuan Kebangsaan Islam Malaysia (PKPIM).
Majlis ini diakhiri dengan penyampaian hadiah kepada para pemenang dan penyampaian sijil penghargaan kepada semua yang telah menjayakan program ini.
***

Artikel Berkaitan

Ukuran haji mabrur

Ibadat haji merupakan kewajipan bagi umat Islam yang mampu dan menjadi rukun Islam kelima. Tentunya setiap kewajipan yang ditetapkan oleh Allah SWT

Syahristani tajam dalam ilmu perbadingan

  Syahristani adalah seorang ulama terkenal abad ke-21 khususnya di bidang teologi, sejarah dan agama. Ia juga dikenali sebagai ahli perbandingan agama.

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *