Home » Citra Yadim » YADIM Kolaboratif: Motivasi Keibubapaan

YADIM Kolaboratif: Motivasi Keibubapaan

JALAN Dakwah YADIM Kelantan bukanlah memfokuskan kepada ceramah agama semata mata.
Bidang pendidikan juga dititik beratkan sebagai salah satu usaha melestari gerakan dakwah di negeri tersebut.
Bagi mencapai hasrat berkenaan, dengan kerjasama Sekolah Kebangsaan (SK) Kelar dan Pejabat Pendidikan Daerah Pasir Mas, telah diadakan program YADIM Kolaboratif: Motivasi Keibubapaan pada 29 Januari.
Seramai 190 ibu bapa hadir ke program yang diadakan di Dewan Muafakat sekolah tersebut.
Pengisian utama program ialah ceramah keibubapaan daripada Pegawai SIP+ Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Krai, YM Tengku Abdullah Bin Tengku Ismail.
Perasmian program telah disempurnakan oleh Pengarah YADIM Kelantan, Ustaz Haji Mahadi Awang.
Hadir sama ialah Guru Besar SK Kelar, Puan Noor Zaini Ahmad, yang turut menyampaikan ucapan aluan. Turut hadir, Pegawai SISC+ Pejabat Pendidikan Daerah Pasir Mas, Encik Wan Roslee Wan Abdul Aziz. Selesai program ibubapa kemudiannya menerima laporan pentaksiran bilik darjah dan bantuan awal persekolahan di bilik darjah anak masing-masing.

Artikel Berkaitan

Ukuran haji mabrur

Ibadat haji merupakan kewajipan bagi umat Islam yang mampu dan menjadi rukun Islam kelima. Tentunya setiap kewajipan yang ditetapkan oleh Allah SWT

Syahristani tajam dalam ilmu perbadingan

  Syahristani adalah seorang ulama terkenal abad ke-21 khususnya di bidang teologi, sejarah dan agama. Ia juga dikenali sebagai ahli perbandingan agama.

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *