Home » Langit Terbuka » ‘Jangan mainkan isu sensitif babitkan raja, kaum dan agama demi keharmonian negara’ – Sultan Ibrahim

‘Jangan mainkan isu sensitif babitkan raja, kaum dan agama demi keharmonian negara’ – Sultan Ibrahim

Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah berkenan berangkat sempena Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Parlimen ke-15 di Bangunan Parlimen hari ini. - Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, menitahkan isu sensitif mengenai raja, kaum dan agama tidak disentuh demi menjaga keharmonian negara ini.

Baginda juga memberi amaran supaya tidak mempolitikkan perkara yang sudah pun digariskan dalam Perlembagaan Persekutuan.

Bagaimanapun, baginda memberi jaminan bahawa hak agama dan kaum lain turut terpelihara namun ada batas yang harus mereka patuhi.

“Saya juga meminta kepada semua lapisan masyarakat supaya jaga keharmonian negara dengan tidak memainkan isu sensitif yang tidak membabitkan raja, kaum dan agama.

“Perlembagaan telah mengiktiraf Islam sebagai agama rasmi Malaysia dan akan terus kekal terpelihara. Namun begitu, agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman tetapi tidak boleh disebarkan kepada orang Islam.

“Oleh itu, jangan ada mana-mana pihak cuba menggugat atau mempolitikkan asas Perlembagaan ini,” titah baginda bertitah ketika merasmikan Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Parlimen Ke-15, hari ini.

 

Artikel Berkaitan

Ukuran haji mabrur

Ibadat haji merupakan kewajipan bagi umat Islam yang mampu dan menjadi rukun Islam kelima. Tentunya setiap kewajipan yang ditetapkan oleh Allah SWT

Syahristani tajam dalam ilmu perbadingan

  Syahristani adalah seorang ulama terkenal abad ke-21 khususnya di bidang teologi, sejarah dan agama. Ia juga dikenali sebagai ahli perbandingan agama.

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *