Home » Langit Terbuka » ‘Isu kalimah Allah bukan perkara remeh, saya pandang serius’ – Pemangku Sultan Johor

‘Isu kalimah Allah bukan perkara remeh, saya pandang serius’ – Pemangku Sultan Johor

Pemangku Sultan Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim

JOHOR BAHRU: Kalimah Allah adalah kalimah suci yang sangat tinggi di hati umat Islam, kata Pemangku Sultan Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Baginda bertitah, isu yang berbangkit baru-baru ini berkaitan kalimah Allah yang dicetak pada stoking bukan perkara remeh dan baginda mahu pihak berkuasa memastikan ia tidak berulang.

“Berkenaan isu baru-baru ini, saya menggesa pihak berkuasa untuk mengambil tindakan tegas mengenai isu berkenaan dan memastikan isu seperti ini tidak akan berulang lagi.

“Isu ini tidak boleh dipandang remeh. Saya memandang serius isu ini dan berharap perkara ini tidak mengganggu gugat keharmonian negara,” titah baginda dalam hantaran di media sosial.

Sebelum ini tular di media sosial penjualan stoking yang tertera kalimah Allah di beberapa kedai rangkaian serbaneka KK Supermart yang mengundang kemarahan ramai terutama umat Islam.

Wujud dakwaan stoking yang tertera kalimah Allah itu dicetak di sebuah kilang di Batu Pahat, Johor dan polis mengesahkan telah melakukan siasatan berhubung dakwaan itu. — AlHijrah Online

Artikel Berkaitan

Ukuran haji mabrur

Ibadat haji merupakan kewajipan bagi umat Islam yang mampu dan menjadi rukun Islam kelima. Tentunya setiap kewajipan yang ditetapkan oleh Allah SWT

Syahristani tajam dalam ilmu perbadingan

  Syahristani adalah seorang ulama terkenal abad ke-21 khususnya di bidang teologi, sejarah dan agama. Ia juga dikenali sebagai ahli perbandingan agama.

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *