Home » YADIM MADANI » Program Pembangunan Karakter Generasi Madani

Program Pembangunan Karakter Generasi Madani

Program Pembangunan Karakter Generasi Madani -Sekolah Berasrama Penuh Kebangsaan selama 4 hari 3 malam bermula 22 hingga 25 April di Sekolah Menengah Sains Segamat, Johor, telah selesai dilaksanakan dengan jayanya.
Program Bahagian Penyelarasan NGO dan Rakan Strategik YADIM ini merupakan Training of Trainers Kem Generasi Madani bagi para pelajar dan guru terpilih seramai 234 orang melibatkan lebih 70 Sekolah Berasrama Penuh di seluruh negara.
Hadir ke program ini ialah Penolong Pengarah bahagian tersebut, Encik Muhamad Nazmi Ab Rahim dan dibantu juga oleh fasilitator daripada Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia, saudara Muhammad ‘Ali Al-Husaini Kamarudin , Abdul Hadi Abdul Ropha, Nur Syifaa Mazlan dan Cut Nurulmaulida Nurdin.
Hadir sama ialah Timbalan Pengarah Sektor Pembangunan Murid dan Kepimpinan, Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh, Kementerian Pendidikan Malaysia, Puan Roslina Abd Aziz.

Artikel Berkaitan

Maqasid haji membina kesatuan ummah

Ibadah haji merupakan salah satu daripada rukun Islam yang menjadi tunjang dalam kehidupan seorang Muslim. Ia adalah manifestasi ketaatan kepada Allah SWT

Ukuran haji mabrur

Ibadat haji merupakan kewajipan bagi umat Islam yang mampu dan menjadi rukun Islam kelima. Tentunya setiap kewajipan yang ditetapkan oleh Allah SWT

Syahristani tajam dalam ilmu perbadingan

  Syahristani adalah seorang ulama terkenal abad ke-21 khususnya di bidang teologi, sejarah dan agama. Ia juga dikenali sebagai ahli perbandingan agama.

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *