Home » Langit Terbuka » Anwar mahu dialog sihat dan membina bincang RUU Mufti (Wilayah Persekutuan)

Anwar mahu dialog sihat dan membina bincang RUU Mufti (Wilayah Persekutuan)

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu satu dialog yang sihat dan membina diadakan bagi membincangkan Rang Undang-Undang (RUU) Mufti (Wilayah Persekutuan) 2024.

Walaupun kritikan terhadap RUU itu sah mencakupi beberapa aspek, Perdana Menteri mengakui wujud bantahan yang datang daripada mereka yang memiliki pandangan berbaur Islamofobia.

Beliau berkata ini kerana ada pihak tidak dapat membezakan antara ‘pandangan fanatik pelampau’ dan keperluan untuk mempromosikan Islam secara sederhana.

Untuk memberi pencerahan mengenai hal itu, beliau berkata ia memerlukan wacana yang sihat dan beralasan membabitkan semua perspektif dalam usaha menyelesaikan polemik yang menyelubungi RUU terbabit.

“Ada juga fobia tertentu. Setiap kali apa-apa yang berkaitan dengan Islam disebut, kita melihat beberapa tahap Islamofobia,” katanya dalam temu bual bersama FMT.

RUU Mufti (Wilayah Persekutuan) 2024 yang dijangka dibahaskan di Dewan Rakyat bulan ini mendapat kritikan pelbagai pihak kerana didakwa memberikan kuasa tidak dikawal kepada pegawai agama.

Bahkan Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin, turut menyuarakan kebimbangan dengan mendakwa RUU itu boleh menyekat kebebasan berfikir dan akademik di bawah nama tadbir urus agama.

RUU berkenaan turut menggariskan takrifan kepada Ahli Sunnah Wal Jamaah yang sudut akidahnya bersumberkan aliran Al-Asyairah dan Al-Maturidiah.

Mohd Asri mempersoal RUU sama yang jika dilaksanakan akan menjadikan keislaman seseorang di Wilayah Persekutuan tidak dianggap mencukupi sehinggalah individu itu menganut aliran Al-Asyairah, Maturidiyyah, bertasawuf dengan cara Junaid al-Baghdadi dan al-Ghazali.

Artikel Berkaitan

Maqasid haji membina kesatuan ummah

Ibadah haji merupakan salah satu daripada rukun Islam yang menjadi tunjang dalam kehidupan seorang Muslim. Ia adalah manifestasi ketaatan kepada Allah SWT

Ukuran haji mabrur

Ibadat haji merupakan kewajipan bagi umat Islam yang mampu dan menjadi rukun Islam kelima. Tentunya setiap kewajipan yang ditetapkan oleh Allah SWT

Syahristani tajam dalam ilmu perbadingan

  Syahristani adalah seorang ulama terkenal abad ke-21 khususnya di bidang teologi, sejarah dan agama. Ia juga dikenali sebagai ahli perbandingan agama.

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *