Home » Citra Yadim » Kunjung hormat ke Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM)

Kunjung hormat ke Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM)

PEJABAT YADIM Negeri Sembilan dan Melaka telah mengadakan kunjung hormat ke Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) pada 11 Februari.
Pertemuan selama lebih satu jam itu
bagi membincangkan serta menjalinkan kerjasama secara intensif dalam pelaksanaan program-program Madani, khususnya yang berkaitan dengan perpaduan kaum.
Pada masa yang sama ia juga bertujuan untuk memperkukuh sinergi antara kedua-dua pihak dalam usaha memperkasakan keharmonian masyarakat melalui pendekatan yang inklusif dan berkesan.
Hadir bagi tujuan ini ialah Pengarah YADIM Negeri Sembilan dan Melaka, Ustaz Abdul Halim Ismail dan pegawainya manakala bagi pihak JAIM ialah Pengarahnya, Datuk Md. Azhan Samad, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pengurusan Dakwah, Puan Noorhafizah Ibrahim dan Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pengurusan Pendidikan, Puan Adawiah Lias.

Artikel Berkaitan

Ukuran haji mabrur

Ibadat haji merupakan kewajipan bagi umat Islam yang mampu dan menjadi rukun Islam kelima. Tentunya setiap kewajipan yang ditetapkan oleh Allah SWT

Syahristani tajam dalam ilmu perbadingan

  Syahristani adalah seorang ulama terkenal abad ke-21 khususnya di bidang teologi, sejarah dan agama. Ia juga dikenali sebagai ahli perbandingan agama.

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *