Home » Citra Yadim » Kunjungan Hormat Daripada Persatuan Cendekiawan Minang Malaysia

Kunjungan Hormat Daripada Persatuan Cendekiawan Minang Malaysia

PUTRAJAYA – YADIM telah menerima kunjungan daripada Persatuan Cendekiawan Minang Malaysia (PCMM) bagi meneroka peluang kerjasama strategik dalam memperkasa gerakan dakwah serta membina jaringan kerjasama jangka panjang antara kedua-dua pihak.

PCMM diketuai Pengerusinya, Dato’ Haji Ismail Ahmad, manakala mewakili badan dakwah ini dalam pertemuan pada 14 September itu ialah Yang Dipertuanya, Datuk Dr. Hasan Bahrom.

Dalam pertemuan tersebut, Datuk Dr. Hasan menyatakan pihaknya amat mengalu-alukan kerjasama dengan sebarang persatuan dan pertubuhan yang berupaya menyumbang kepada gerakan dakwah di Malaysia.

Beliau turut berkongsi peranan YADIM melalui Majlis Amal Islami Malaysia dalam menyelaras program dakwah bersama persatuan-persatuan, selain jaringan YADIM di peringkat negeri yang boleh dimanfaatkan bagi tujuan kerjasama program.

PCMM pula berkongsi hasrat untuk menganjurkan Minang International Gathering, yang menghimpunkan masyarakat Minang dari Malaysia, Indonesia dan negara lain, dengan pengisian meliputi kebudayaan, makanan, seminar dakwah antarabangsa serta Gala Dinner. Program berkenaan dicadangkan berlangsung pada 27 hingga 29 November dengan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin antara lokasi yang dicadangkan dan sasaran kehadiran hingga 300 orang.

Pertemuan ini diharap menjadi langkah awal kepada kerjasama berimpak dalam memperkukuh jaringan masyarakat Minang serta menyokong gerakan dakwah di Malaysia.

 

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *