Home » Citra Yadim » Usrah Gabungan Wilayah Persekutuan Bagi Memperkukuh Jati Diri Masyarakat

Usrah Gabungan Wilayah Persekutuan Bagi Memperkukuh Jati Diri Masyarakat

KUALA LUMPUR – Sambutan Hari Malaysia bukan sekadar tentang meraikan ulang tahun pembentukan negara ini, tetapi ia juga adalah muhasabah untuk mengekalkan keamanan yang dikecapi kepada generasi-generasi seterusnya.

Atas kesedaran tersebut, YADIM Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya bersama rakan strategiknya WADAH Wilayah Persekutuan telah menganjurkan Usrah Gabungan Wilayah Persekutuan bagi memperkukuh jati diri masyarakat Malaysia selain menghargai dan mensyukuri nikmat kemakmuran yang dikurniakan oleh Allah SWT.

Usrah yang diadakan di Outreach Oasis Bukit Bintang, disampaikan oleh Presiden WADAH sendiri, Dato’ Haji Ahmad Azam Ab Rahman, dengan tajuk “Penghayatan Adabul Ikhtilaf dalam Memperkukuh Semangat Hubbul Watan.”

Dalam syarahannya, beliau menegaskan bahawa penghayatan Fiqh Al-Awwaliyat (Fekah Keutamaan) dan Fiqh Al-Muwazanat (Fekah Keseimbangan) amat penting dalam mendepani cabaran dunia masa kini yang berdepan dengan peperangan, krisis ekonomi dan tenaga global selain ancaman dari pelbagai pihak terhadap Malaysia.

Usrah tersebut turut dihadiri oleh para penduduk sekitar Kuala Lumpur, antaranya penduduk di Program Perumahan Rakyat (PPR) Pudu Ulu, PPR Hang Tuah dan PPR Kenanga selain para aktivis rakan badan Kerajaan SALWA, ABIM dan PPIWP dari serata Kuala Lumpur.

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *