BUTTERWORTH — Memahami hukum-hakam berkaitan haid penting bagi wanita kerana ia berkait rapat dengan pelaksanaan ibadah seharian.
Atas keperluan itu, YADIM Negeri Pulau Pinang dengan kerjasama PUSPANITA Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA) menganjurkan Program Bicara Dakwah Fiqh Wanita pada 25 September di Ruang Solat Utama Surau PERDA.
Sesi “Haid Bermula dengan Asas Yang Betul” disampaikan oleh Daie Komuniti YADIM Pulau Pinang, Ustazah Asma Adnan, yang mengupas asas berkaitan haid, nifas dan istihadah, termasuk perkara yang berkaitan dengan ibadah wanita.
Peserta turut diberi panduan mengenai kepentingan mencatat tarikh, waktu dan perubahan sifat darah bagi membantu mengenal pasti keadaan haid dengan lebih tepat.
Program berlangsung dalam suasana baik dengan penglibatan peserta yang memberangsangkan, selain memberi ruang kepada wanita mendapatkan kefahaman yang lebih jelas tentang fiqh haid berdasarkan syariat Islam.



KOMEN