Home » Citra Yadim » Forum Membangun Adab Membina Negara

Forum Membangun Adab Membina Negara

KEPALA BATAS – Seramai kira-kira 200 orang penduduk setempat berhimpun di Masjid Jamek Al-Abidin, Kepala Batas, bagi mengikuti Forum Ehwal Islam bertemakan Membangun Adab Membina Negara pada 16 Oktober.

Program anjuran YADIM Negeri Pulau Pinang dengan kerjasama pihak masjid itu mengetengahkan perbincangan mengenai kepentingan adab dalam kehidupan bermasyarakat serta hubungannya dengan pembinaan sebuah negara yang aman dan sejahtera.

Forum yang berlangsung di ruang solat masjid berkenaan menampilkan Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Kuala Muda, Ustaz Dr. Amir Mohd. Nason dan Pengarah YADIM Negeri Pulau Pinang, Ustaz Mohd. Fadzil Alias sebagai panel. Penolong Pengarah YADIM Negeri Pulau Pinang, Ustaz Mohd. Muaz Abul Kassim pula bertindak sebagai moderator.

Antara perkara yang dibincangkan ialah keperluan menjadikan usaha membentuk masyarakat beradab sebagai amalan berterusan, seiring dengan pembangunan negara.

Masyarakat yang mengamalkan sikap saling menghormati dan menghargai antara satu sama lain merupakan asas penting dalam memelihara kemakmuran serta kesejahteraan negara.

Forum ini turut memberi ruang kepada masyarakat untuk memahami dengan lebih mendalam peranan adab dalam membentuk sahsiah individu dan hubungan sesama anggota masyarakat, selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI yang menitikberatkan nilai kemanusiaan dan kesejahteraan bersama.

Turut hadir, Penolong Pengarah Kanan YADIM Pulau Pinang, Ustaz Zuhri Husain dan Pengerusi Masjid Jamek Al-Abidin, Dato’ Md. Zabidi Ali.

 

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *