Home » Citra Yadim » Majlis Ihtifal TASKI Dar Hikmah Sesi 2026 Perkukuh Peranan Ibu Bapa dalam Pendidikan Awal

Majlis Ihtifal TASKI Dar Hikmah Sesi 2026 Perkukuh Peranan Ibu Bapa dalam Pendidikan Awal

KUALA NERUS, 28 November – Majlis Ihtifal Taman Asuhan Kanak-Kanak Islam (TASKI) Dar Hikmah Sesi 2026 telah berlangsung meriah di Dewan FELDA Wilayah Tepoh, di sini pada Sabtu.

Penganjuran tersebut diadakan menerusi Program YADIM Sejahtera: Kalam MADANI bersempena dengan sambutan Program Dakwah Negara (PDN) 2026.

Selain meraikan serta menghargai perkembangan dan pencapaian murid-murid TASKI, program yang menghimpunkan kanak-kanak bersama ibu bapa itu turut bertujuan menggalakkan penglibatan aktif institusi keluarga dalam pendidikan awal.

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Pengarah Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Negeri Terengganu, Ustaz Mohd Kamal Nazmi Kamaruddin.

Turut hadir memeriahkan majlis ialah Ahli Lembaga TASKI, Tuan Haji Rosli Haji Abdullah dan Pengerusi TASKI Dar Hikmah, Dr. Maimunah Ropar @ Abdullah.

Penganjuran majlis ini secara tidak langsung menjadi wadah peringatan tentang peranan penting ibu bapa sebagai pendidik pertama dalam membentuk sahsiah, adab serta akhlak anak-anak sejak usia muda, selaras dengan tema PDN 2026 iaitu “Membangun Adab, Membina Negara”.

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *