Thursday, 28 October, 2021
Home Perkahwinan Anak Luar Nikah

Perkahwinan Anak Luar Nikah

1- Apakah Hukum Seorang anak Haram Mengahwini Bapanya tanpa DIa Mengetahui Bakal Suaminya itu bapanya.
2- Dan Hukum Berkaitan Dengan Anak Haram Yg menikahi BapaNya Dan Ia Mengetahui bakal Suaminya adalah AyahNya

Terima Kasih

Jawapan :

1. Jika anak luar nikah itu memang betul berasal dari lelaki yg kemudiannya bernikah dgn perempuan yg dizinainya dan kemudian anak itu lahir selepas 6 bulan tau lebih dari tarikh nikah, maka statusnya sama seperti anak yg lain selepas itu. Ia dianggap anaknya yg sah dan merupakan anak sulung kpd pasangan itu. Ia tidak termasuk anak luar nikah.

Yang dimaksudkan dgn anak luar nikah ialah anak yg lahir kurang dari tempoh 6 bulan selepas perkahwinan. Misalnya selepas 3 bulan kahwin, maka isterinya bersalin. Inilah maksud anak luar nikah dan menurut madzhab Syafi’iy, ia bukan muhrim, bapa tidak sah menjadi wali, dan boleh berkahwin dgn anak itu walaupun lelaki itu yg menghamilkan ibunya (di luar nikah) tapi makruh hukumnya menikahi anak zina hasil dari benihnya (alIqna’ Abu Sujak Jld 3/356)

Pendapat Syafi’iyah ini dibantah oleh Pejabat Mufti Mesir (Darul Ifta’ alMisriyyah), misalnya Fatwa Muhammad Abduh, 1932, Fatwa Hasan Ma’mun 1957, Fatwa Ali Jad alHaq 1981 kerana ia bercanggah dgn fitrah manusia, maka walaupun ia adalah anak zina (lahir di luar nikah) tapi boleh dinasabkan kepada ayahnya dan tidak boleh kahwin dan boleh diwalikan serta boleh mewarisi harta ayahnya. Ia juga bercanggah dgn ruh Islam yg membuka pintu taubat dan menggalakkan manusia kembali kepangkuan Islam jika tersasar. Ini adalah juga pendapat Hanafi.

2. Anak luar nikah (yang lahir kurang dari tempoh 6 bulan perkahwinan) boleh dinikahi oleh ‘ayah biologinya’ dgn hukum makruh menurut Fiqh Syafi’iy (ia terpakai di Malaysia sekarang) tapi dibantah oleh Rumah Fatwa Mesir dgn alasan yg kita berikan di atas. Allahu a’alam.

 

Please log in to rate this.
0 people found this helpful.


Category: Fekah

← Soal Jawab