Home » Langit Terbuka » Abdul Latif dilantik Ketua Pengarah Kastam baharu

Abdul Latif dilantik Ketua Pengarah Kastam baharu

Dato’ Abdul Latif Abdul Kadir . - Foto JKDM

PETALING JAYA – Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Mohd Zuki Ali mengumumkan pelantikan Dato’ Abdul Latif Abdul Kadir sebagai Ketua Pengarah Kastam baru berkuatkuasa 5 Jun, menggantikan Datuk Seri Paddy Abd Halim.

Latif berkhidmat dalam perkhidmatan awam sejak 1985, dengan jawatan pertama yang disandang adalah Penguasa Kastam di ibu pejabat jabatan itu.

“Saya percaya dengan pengalaman, pengetahuan dan kredibiliti dimiliki Abdul Latif Abdul Kadir akan membolehkan beliau meneruskan aspirasi kastam ke arah pentadbiran kastam bertaraf dunia.

“Saya bagi pihak kerajaan ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Paddy atas jasa dan khidmat bakti beliau kepada negara sebagai penjawat awam selama 37 tahun,” katanya dalam kenyataan hari ini (5 Jun).

Latif kelulusan Ijazah Sarjana Muda Sastera (Kepujian) dari Universiti Malaya dan Ijazah Sarjana Sains (Pembangunan Sumber Manusia) dari Universiti Putra Malaysia.

Zuki berkata Latif berpengalaman luas dalam bidang penguatkuasaan, pengurusan pematuhan, perkastaman, dan percukaian serta pernah berkhidmat sebagai Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Penguatkuasa dan Pematuhan) dan Pengarah kastam Negeri. – FreeMalaysiaToday

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *