Home » Citra Yadim » Adakan Konvesyen Malaysia Rahmah di peringkat daerah

Adakan Konvesyen Malaysia Rahmah di peringkat daerah

SELAMA – Konvensyen Malaysia Rahmah yang berperanan memberi kefahaman mengenai gagasan Rahmatan Lil Alamin dicadangkan untuk diadakan di lebih banyak daerah di Perak.

Itu antara cadangan yang diterima Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) selaku penganjur sewaktu sesi soal jawab program Konvensyen Malaysia Rahmah Peringkat Larut, yang diadakan di Dewan Permai Majlis Daerah Selama, di sini pada 1 Ogos.

Peserta beranggapan menerusi konvensyen ini, gagasan Rahmatan Lil Alamin dan konsep Malaysia rahmah dijelaskan dengan sangat baik oleh para panelis.

Tambah mereka, dengan penganjuran program ini, YADIM dapat membantu Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Yang Berhormat Datuk Seri Dr Mujahid Yusuf melaksanakan gagasan berkenaan, sekaligus dapat menjelaskan kepada orang ramai khususnya bukan Muslim bahawa Islam adalah agama yang rahmah.

Lebih 300 orang menghadiri konvensyen tersebut, yang dirasmikan penutupannya oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Kamunting,  Yang Behormat Ir Dr Muhd Fadhil Nuruddin.

Muhd Fadhil dalam ucapannya merakamkan ucapan terima kasih kepada YADIM dan Pertubuhan Pembangunan Pendidikan dan Kebajikan Kawasan Larut serta Jabatan Agama Islam Perak atas penganjuran program ini.

Menurut beliau, program seperti inilah yang banyak membantu menerang dan menjelaskan dasar dasar serta usaha kerajaan kepada masyarakat.

Muhd Fadhil turut menyeru kepada para peserta yang hadir untuk menyampaikan apa yang diterima pada program ini kepada orang ramai di sekeliling mereka.

Konvensyen Malaysia Rahmah Peringkat Larut  dimulakan dengan Timbalan Yang Dipertua YADIM, Yang Berusaha Ustaz Zolkharnain Abidin menyampaikan pidato bertajuk ‘Melampau: Bahaya Kepada Masyarakat’ pada jam 9 pagi.

Ia diikuti dengan pidato oleh Ahli Lembaga Yayasan Islam Kedah, Ustaz Ridzwan Abu Bakar yang bertajuk ‘Antara Ghuluw dan Taqsir’.

Majlis diteruskan pada jam 11.15 pagi dengan satu Forum yang berjudul ‘Setahun Malaysia Baru: Pencapaian & Cabaran’, sebelum diadakan sesi penutup.

 

 

 

Artikel Berkaitan

Majlis Hari Raya Aidilfitri Muhibah Madani

GOLONGAN bukan Muslim didekati YADIM menerusi pelbagai program dan pendekatan dakwah. YADIM Negeri Selangor umpamanya dengan kerjasama tiga rakan strategik iaitu MACMA,

SEMINAR Kepimpinan Altruistik MADANI

  SEMINAR Kepimpinan Altruistik MADANI merupakan sebuah program yang dilaksanakan dengan kerjasama rakan strategik YADIM Negeri Sembilan dan Melaka iaitu Institut Pendidikan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *