Home » Citra Yadim » ADUN Bakar Arang lancar SAR Sungai Petani, Pendang dan Padang Serai

ADUN Bakar Arang lancar SAR Sungai Petani, Pendang dan Padang Serai

SUNGAI PETANI – Negeri Kedah merupakan lokasi terkini penubuhan Sukarelawan Al Rahmah (SAR) Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) apabila tiga pasukan ditubuhkan secara rasmi pada 22 Februari.

Tiga pasukan tersebut ialah Sungai Petani, Pendang dan Padang Serai yang disempurnakan pelancarannya oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Bakar Arang, Yang Berhormat Simon Ooi Tze Min dalam Program Khidmat Masyarakat: Taburkan Jasa dan Semaikan Budi di sini.

Hadir sama ke pelancaran ini ialah Ketua Pegawai Eksekutif YADIM, Tuan Kamarul Arief Tuan Soh, Pemangku Pengarah YADIM Kedah, Mohd Afifi Ruslan, Ahli Majlis Mesyuarat Perbandaran Sungai Petani, Abdullah Suady Mohd Nasir, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Kuala Muda, Abdul Al Alif Jenal, Penolong Pengarah Bahagian Khidmat Bakti (Sukarelawan YADIM) YADIM, Abdul Qaiyum Aris, Pengerusi Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung dan ketua ketua masyarakat.

Tuan Kamarul Aief dalam ucapannya berkata, aktiviti yang dilaksanakan SAR YADIM adalah salah satu bentuk dakwah yang dilaksanakan pihaknya.

“Bila sebut tentang kerja dakwah, kita bukan mahu cuma berceramah di masjid dan surau saja, tapi juga mahu turun ke lapangan bertemu masyarakat, inilah yang SAR lakukan.

“Apa yang disalurkan YADIM ialah hasil sumbangan masyarakat, jadi kita kembalikan semula pada yang memerlukan,” jelas beliau.

SAR merupakan salah satu bentuk dakwah dan program komuniti YADIM.  Mereka terlibat dengan aktiviti aktiviti kebajikan dan kemasyarakatan di seluruh negara.

Sejumlah 76 di SAR telah ditubuhkan di seluruh negara. Kedah sebelum ini sudah memiliki dua pasukan SAR iaitu di Baling dan Hospital Sultan Abdul Halim. Sehingga 222 pasukan disasarkan untuk ditubuhkan.

Artikel Berkaitan

Jawi sedia ambil tindakan tegas!

Kuala Lumpur: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) sentiasa mengalu-alukan kerjasama orang ramai untuk membuat aduan berhubung kesalahan jenayah syariah yang dilakukan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *