Home » Langit Terbuka » Agong, Permaisuri rai peserta dan jemaah hakim MTHQA ke-61

Agong, Permaisuri rai peserta dan jemaah hakim MTHQA ke-61

Yang di-Pertuan Agong ketika di Majlis Santapan Minum Petang bagi meraikan jemaah hakim dan peserta Majlis Tilawah dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Antarabangsa 2019. - Foto Bernama

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah hari ini (19 April) berkenan berangkat ke Majlis Santapan Minum Petang bagi meraikan jemaah hakim dan peserta Majlis Tilawah dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Antarabangsa (MTHQA) 2019.

Majlis yang berlangsung di Istana Negara itu turut dihadiri Menteri Wilayah Khalid Abdul Samad.

Terdahulu, Seri Paduka berdua turut berkenan bergambar bersama peserta dan jemaah hakim MTHQA 2019.

MTHQA yang dianjurkan kali ke-61 berlangsung selama enam hari bermula Isnin lalu (15 April) hingga esok di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), menyaksikan penyertaan seramai 106 peserta dari 70 buah negara.

MTHQA 2019 turut menerima penyertaan julung kali dari lima negara Eropah iaitu Sweden, Norway, Azerbaijan, Montenegro dan Austria, selain dua negara Afrika iaitu Kenya dan Ivory Coast.

Majlis penutupan dan pengurniaan hadiah akan disempurnakan Sultan Abdullah, esok. – Bernama

Artikel Berkaitan

Ujian di bulan Ramadan

Ramadan ialah bulan ujian dan latihan perang melawan nafsu. Ujiannya memang berat dan payah sekali. Daripada keseluruhan umat Islam yang menyertainya, barangkali

3 Tingkatan Puasa

Imam Ghazali RA dalam kitab Ihya Ulumuddin telah mengkategorikan puasa kepada 3 peringkat iaitu: 1. As-Saumul umum – puasa umum. 2. As-Saumul

5 sebab pentingnya berjemaah

Mengerjakan solat fardu lima kali sehari semalam merupakan salah satu rukun Islam dan diumpamakan sebagai tiang agama. Jika roboh tiang itu, maka

Search
ARKIB
KATEGORI

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *