Home » Langit Terbuka » Ahli falsafah Mesir tuduh Salahuddin Al Ayyubi individu keji

Ahli falsafah Mesir tuduh Salahuddin Al Ayyubi individu keji

KAHERAH, 14 Mei – Seorang ahli falsafah Mesir yang celupar sekali lagi mencetuskan kontroversi apabila melawan arus fakta sejarah Islam, kali ini dengan menyifatkan pemimpin tentera Islam yang terkenal, Salahuddin Al Ayyubi atau Saladin, sebagai ‘salah seorang tokoh yang paling keji dalam sejarah manusia’.

Kenyataan Youssef Zeidan seorang yang dikatakan pakar dalam pengajian Arab dan Islam, mencetuskan kecaman ramai pihak, sehingga menimbulkan perdebatan hangat di media sosial dan akhbar Mesir.

Salahuddin Al Ayyubi dikenali sebagai seorang tokoh Islam paling dihormati di dunia pada zaman pertengahan Islam, malah paling penting beliau merampas kembali Baitulmaqdis daripada tentera Salib pada abad ke-12.

Kenyataan Zeidan dibuat ketika menjawab soalan pada program yang membincangkan mengenai filem lama Mesir berkaitan sejarah Islam. Dia turut mendakwa filem-filem berkenaan melakukan kesilapan sejarah mengenai Islam.

Ketika memberi komentarnya, Zedian berkata, cara Salahuddin digambarkan dalam sejarah Islam semasa mencerminkan ‘kekejaman beliau terhadap Fatimiyah’ – pengasas sistem khalifah Syiah yang memerintah Mesir dan Syria ketika itu.

Dari segi sejarah, adalah dpercayai bahawa apabila Salahuddin memegang jawatan utama di Mesir, dia mampu untuk menyatukan kuasa dan menggulingkan kerajaan Fatimiyah.

“Salahuddin adalah salah seorang tokoh yang paling keji dalam sejarah manusia. Beliau telah melakukan jenayah terhadap Fatimiyah,” kata Zeidan dalam program itu.

Kenyataan Zedian menyebabkan ramai ahli sejarah dan ulama Mesir marah dan mengecam dakwaannya, serta mempersoalkan motifnya menyerang individu yang dihormati dalam Islam. – Agensi

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *