Home » Citra Yadim » Alhamdulillah, selesai agihan 40 set sumbangan Bahagian Khidmat Bakti YADIM di Baling pada 6 Julai.

Alhamdulillah, selesai agihan 40 set sumbangan Bahagian Khidmat Bakti YADIM di Baling pada 6 Julai.

Tetapi YADIM akan meneruskan program di kawasan ini hingga sebelum Aidiladha kelak bagi menyantuni dan memberi sedikit keceriaan kepada mangsa.

Akan ada program Cuci Cuci umpamanya, membersihkan kediaman dan kemudahan awam seperti surau dan sebagainya.

Sukarelawan YADIM Kedah dan Rakan Siswa YADIM Kedah juga sedia membantu.

Program hari ini bermula dengan sesi taklimat daripada Pegawai Pertahanan Awam Daerah Baling, Kapten (Pertahanan Awam) Rasidah Kassim.

Program agihan sumbangan dimulakan selepas itu selain meninjau beberapa kawasan bagi meneliti jenis bantuan lain yang boleh disampaikan nanti.

Terima kasih kepada Pengerusi SAY Baling, Abu Hassan Musa yang memudah cara program hari ini.

Pada hari ini juga, YADIM bekerjasama dengan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) menyantuni penduduk Kampung Padang dan Kupang. Agihan sumbangan dilaksanakan oleh Pengerusi Lembaga Pengarah USIM, Senator Datuk Dr Zulkifli Al Bakri dan Sukarelawan USIM.

Artikel Berkaitan

Jawi sedia ambil tindakan tegas!

Kuala Lumpur: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) sentiasa mengalu-alukan kerjasama orang ramai untuk membuat aduan berhubung kesalahan jenayah syariah yang dilakukan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *