Home » Langit Terbuka » Amalan demokrasi tidak bermakna boleh perjuang LGBT

Amalan demokrasi tidak bermakna boleh perjuang LGBT 

Ketua Pengarah Jakim berkata, pihaknya menolak sebarang usaha untuk mengiktiraf LGBT di negara ini selaras pendirian Perdana Menteri. - MyNewsHub

PUTRAJAYA – Amalan demokrasi tidak bermakna semua pihak boleh melakukan apa sahaja di dalam memperjuangan budaya bertentangan undang-undang, ajaran agama, nilai dan norma masyarakat Malaysia termasuk lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT).

Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Mohamad Nordin Ibrahim menegaskan, sejak dahulu lagi LGBT tidak diterima di Malaysia.

“Kita menolak sebarang usaha untuk mengiktiraf LGBT di negara ini selaras pendirian Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang jelas mengatakan bahawa Malaysia tidak boleh menerima sistem nilai diamalkan di negara barat iaitu LGBT dan perkahwinan sama jenis

“Pendirian sama juga turut ditegaskan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof yang melarang sebarang usaha untuk mempromosikan LGBT di negara ini,” katanya dalam kenyataan di sini.

Menurut Mohamad Nordin, Jakim merasa kesal dengan tindakan sekumpulan peserta perarakan Hari Wanita Antarabangsa di Kuala Lumpur semalam yang menyokong golongan LGBT di negara ini.

Sehubungan itu, beliau mengesa mana-mana pihak agar tidak cuba mencemarkan imej Malaysia sebagai negara Islam dengan perjuangan tersebut.

“Jakim komited menangani dan membantu golongan yang terjebak dengan budaya LGBT melalui program rawatan dan pemulihan yang dijalankan dari semasa ke semasa dengan kerjasama pelbagai pihak,” katanya.

Semalam, telah berlangsung satu perhimpunan di Dataran Merdeka apabila terdapat pihak didakwa melaungkan slogan seperti “Hidup LGBT” dan mengibarkan bendera pelangi yang menandakan sokongan mereka terhadap golongan itu. – Utusan Malaysia

Artikel Berkaitan

Ujian di bulan Ramadan

Ramadan ialah bulan ujian dan latihan perang melawan nafsu. Ujiannya memang berat dan payah sekali. Daripada keseluruhan umat Islam yang menyertainya, barangkali

3 Tingkatan Puasa

Imam Ghazali RA dalam kitab Ihya Ulumuddin telah mengkategorikan puasa kepada 3 peringkat iaitu: 1. As-Saumul umum – puasa umum. 2. As-Saumul

5 sebab pentingnya berjemaah

Mengerjakan solat fardu lima kali sehari semalam merupakan salah satu rukun Islam dan diumpamakan sebagai tiang agama. Jika roboh tiang itu, maka

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *