Home » Citra Yadim » Anugerah untuk ‘orang dakwah’

Anugerah untuk ‘orang dakwah’

Dari kiri: Wakil PERKIM, Prof Dr Muhaya Muhammad, Dato’ Dr Abdul Razak bin Kechik, YB Mejar Jeneral Dato'' SeriI Jamil Khir bin Haji Baharom (B), Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak, YB Senator Dato' Dr Asyraf Wajdi Dusuki, Shah Kirit Kakulal Govindji dan wakil Imam Muda Asyraf

KUALA LUMPUR, 6 MAC – Buat julung-julung kalinya Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia mengiktiraf tokoh dan organisasi yang terlibat dalam kerja-kerja dakwah dengan menganjurkan Anugerah Dakwah Negara.

Majlis Anugerah Dakwah Negara yang berlangsung di Dewan Merak Kayangan Felda itu dihadiri oleh tetamu-tetamu daripada pelbagai peringkat penglibatan dakwah.

Terdapat 6 kategori yang diketengahkan pada penganjuran kali ini. Anugerah Pendakwah Negara diberikan kepada Dato’ Dr Abdul Razak bin Kechik, 67 tahun. Anugerah Pendakwah Wanita pula, dianugerahkan kepada Prof.Dr.Muhaya Mohamad, 54 tahun.

Anugerah Pendakwah Muda menjadi milik Muhammad Asyraf bin Mohd Ridzuan atau lebih dikenali sebagai Imam Muda Asyraf. Seterusnya, penerima Anugerah Saudara Kita adalah Shah Kirit bin Kakulal Govindji. Anugerah Pendakwah NGO dinobatkan kepada Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) dan Anugerah Pendakwah Seni Hiburan diberikan kepada kumpulan nasyid, Raihan.

Setiap penerima kategori menerima hadiah berupa wang tunai bernilai RM15,000, sijil penghargaan dan hadiah iringan.

Hadiah disampaikan oleh YAB  Dato’ Sri Mohd  Najib Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia.

Menurut Yang Dipertua YADIM, Senator Dato’ Dr Asyraf Wajdi Dusuki, anugerah ini adalah sebagai penghargaan kepada mereka yang kita ibaratkan sebagai unsung heroes dalam bidang dakwah.

“Ia adalah untuk mengiktiraf golongan pendakwah yang selama ini kurang diberikan pendedahan biarpun sumbangan mereka kepada negara sebenarnya amat besar sekali.

“Mungkin tidak semua tetapi ia sedikit sebanyak membuktikan yang kita sangat menghargai tokoh dan gerakan yang sedia ada untuk kelangsungan dakwah.

“Sekali gus apa yang kita harapkan ia boleh menjadi tauladan dan ‘role model’ untuk semua,” katanya.

Turut hadir ialah Mejar Jeneral Dato’ Seri Jamil Khir Haji Baharom, mantan-mantan Yang Dipertua Yadim, bekas kakitangan dan pegawai Yadim yang turut diraikan di dalam majlis ini.

Selain itu. buku Coffeetable Yadim Menelusuri 4 Dasawarsa Dakwah dilancarkan oleh YAB Perdana Menteri sebagai simbolik penubuhan Yadim ke 40 tahun.

Anugerah Dakwah Negara dihoskan oleh Amin Idris.

Artikel Berkaitan

SEBATI Madani Pulau Ketam

Ia bermula dengan tazkirah Maghrib oleh Daie Muda YADIM (DMY), Khairun Najmi Fadzil pada 26 Februari dengan tajuk ‘Metodologi Dakwah Rasulullah SAW’

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *