Home » Langit Terbuka » Arab Saudi Benar Kemasukan Jemaah Haji Dari Semua Negara Tanpa Pengecualian Tahun Ini

Arab Saudi Benar Kemasukan Jemaah Haji Dari Semua Negara Tanpa Pengecualian Tahun Ini

Kuota haji Malaysia tahun 2022 diumumkan sebelum ini adalah 14,306 iaitu 45 peratus daripada kuota tahunan yang biasa diterima. - Foto Arkib

Jeddah – Kerajaan Arab Saudi membenarkan kemasukan jemaah haji antarabangsa dari semua negara tanpa sebarang pengecualian tahun ini walaupun jumlah jemaah dihadkan kepada 1 juta orang bagi musim haji tahun ini 1443 Hijrah / 2022.

Menurut Jurucakap Kementerian Haji dan Umrah Saudi (MoHU) Hisham Saed, langkah itu diambil bagi memberi peluang kepada jemaah haji dari semua negara untuk menunaikan ibadah itu, terutama selepas dua tahun tertangguh akibat pandemik COVID-19.

Beliau berkata jumlah terbesar jemaah haji pada tahun ini diberikan kepada jemaah dari luar Arab Saudi.

“Kerajaan mengalu-alukan semua umat Islam dari kesemua negara di dunia. Tidak ada negara yang akan dikecualikan”, katanya dalam temubual dengan saluran televisyen tempatan, Al Arabiya Saudia baru-baru ini.

Beliau menambah akan ada kuota jemaah haji yang diperuntukkan kepada setiap negara dengan kiraan satu nisbah seribu dan ini akan dilaksanakan pada musim haji kali ini, dengan mengambil kira pematuhan semua kriteria penjagaan kesihatan.

“Kerajaan sedang meneliti penentuan kuota ini untuk setiap negara”, tambahnya.

Antara syarat yang perlu adalah jemaah telah melengkapkan vaksin COVID-19 asas yang diluluskan oleh Kementerian Kesihatan Saudi. dan perlu menyerahkan keputusan negatif ujian PCR COVID-19 dalam tempoh 72 jam sebelum berlepas.– AlHijrah Online

Artikel Berkaitan

Jawi sedia ambil tindakan tegas!

Kuala Lumpur: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) sentiasa mengalu-alukan kerjasama orang ramai untuk membuat aduan berhubung kesalahan jenayah syariah yang dilakukan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *