Home » Langit Terbuka » Arab Saudi keluarkan lesen operasi pawagam

Arab Saudi keluarkan lesen operasi pawagam

Wanita Arab Saudi turut mengunjungi pawagam. AFP

ARAB Saudi mula mengeluarkan lesen operasi pawagam di negara itu sebelum ia mula beroperasi semula susulan langkah menarik balik larangan itu sejak beberapa dekad lalu.

Langkah itu antara usaha untuk membuka pasaran Saudi untuk rantaian pawagam sekitar rantau itu dan di peringkat antarabangsa.

Menteri Penerangan dan Kebudayaan berkata, pihaknya telah menggariskan syarat pelesenan untuk menempatkan pawagam di Arab Saudi.

“Proses pelesenan akan dilaksanakan serta merta,” katanya dalam kenyataan.

Setakat ini, operasi terkemuka Asia Barat yang berpangkalan di Dubai, VOX Cinemas melancarkan tayangan awam pertama di Arab Saudi dan ia mensasarkan kesedaran penyakit Alzheimer.

Tayangan di Riyadh akan mengetengahkan produksi tempatan termasuk keluaran syarikat Myrkott Production dan Telfaz.

Rantaian pawagam utama kini mula memasuki pasaran di negara yang mempunyai populasi 30 juta itu dengan majoritinya berusia kurang 25 tahun.

Pada Disember lalu, syarikat Amerika Syarikat, AMC Entertainment menandatangani perjanjian dengan Dana Pelaburan Awam Arab Saudi untuk membina dan mengendalikan operasi pawagan di seluruh negara itu.

Langkah ini ke arah transformasi yang dipelopori Putera Mahkota Mohammed Salman bagi membangunkan ekonomi negara itu susulan harga minyak yang tidak menentu. -mSTAR

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *