Home » Langit Terbuka » Arab Saudi pecat imam sebar ideologi ganas

Arab Saudi pecat imam sebar ideologi ganas

MOSCOW 9 Okt. – Arab Saudi telah memecat beribu-ribu imam masjid di negara itu kerana menyebarkan ideologi keganasan, kata Menteri Luar, Adel Al-Jubeir.

Beliau berkata, negara itu tidak akan membenarkan mana-mana pihak menyebarkan ideologi kebencian, membiayai ideologi sedemikian dan keganasan.

“Pendekatan kami terhadap perkara ini sangat keras, kami memodenkan sistem pendidikan dalam usaha mengelak sebarang kemungkinan dan salah faham,” ujarnya yang dilaporkan portal Arab News.

Adel turut memaklumkan, Riyadh akan bekerjasama dengan Moscow dalam perjuangan menentang keganasan ekoran ramai dalam kalangan anggota kumpulan pelampau di kedua-dua negara ini berjuang bersama-sama kumpulan pengganas Daesh.- AGENSI

https://www.utusan.com.my

Artikel Berkaitan

SEBATI Madani Pulau Ketam

Ia bermula dengan tazkirah Maghrib oleh Daie Muda YADIM (DMY), Khairun Najmi Fadzil pada 26 Februari dengan tajuk ‘Metodologi Dakwah Rasulullah SAW’

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *