Home » Langit Terbuka » Australia larang lelaki Islam amal poligami

Australia larang lelaki Islam amal poligami

SYDNEY 12 Dis. – Kerajaan Australia akan mengambil tindakan keras ke atas orang Islam yang mengamalkan poligami dan menuntut pelbagai manfaat kebajikan untuk isteri kedua atau ketiga mereka.

Bercakap kepada radio Sydney, Bendahari Scott Morrison berkata, amalan poligami oleh lelaki dan wanita Islam untuk menuntut pelbagai faedah kebajikan sosial adalah “100 peratus salah.”

“Perkara itu bertentangan dengan nilai kami,” kata Morrison.

Komen itu tercetus selepas terdedahnya laporan di dalam akhbar Daily Telegraph pada Sabtu lalu, mendakwa agensi kebajikan Australia Centrelink telah “menghalalkan” poligami dengan membayar faedah kepada beberapa isteri orang Islam.

Artikel tersebut tidak menyatakan seberapa kerap amalan itu berlaku. – dpa-

https://www.utusan.com.my

Artikel Berkaitan

Ujian di bulan Ramadan

Ramadan ialah bulan ujian dan latihan perang melawan nafsu. Ujiannya memang berat dan payah sekali. Daripada keseluruhan umat Islam yang menyertainya, barangkali

3 Tingkatan Puasa

Imam Ghazali RA dalam kitab Ihya Ulumuddin telah mengkategorikan puasa kepada 3 peringkat iaitu: 1. As-Saumul umum – puasa umum. 2. As-Saumul

5 sebab pentingnya berjemaah

Mengerjakan solat fardu lima kali sehari semalam merupakan salah satu rukun Islam dan diumpamakan sebagai tiang agama. Jika roboh tiang itu, maka

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *