Home » Langit Terbuka » Bakal jemaah umrah dakwa ditipu ‘ustazah’, rugi RM71,000

Bakal jemaah umrah dakwa ditipu ‘ustazah’, rugi RM71,000

ALOR SETAR 18 Dis. – Sepuluh individu mendakwa ditipu seorang wanita bergelar ustazah yang menawarkan pakej umrah membabitkan kerugian berjumlah RM71,000.

Salah seorang mangsa dari Guar Chempedak yang enggan dikenali mendakwa dia dan isteri sepatutnya berangkat menunaikan umrah pada 17 Oktober lepas namun tertunda sehingga sekarang.

“Duit yang nak pergi itu pun kami dah bayar selesai habis semua. Kenduri pun kami dah buat. Duit nak pergi sana pun kami dah tukar.

“Sekarang kami sedang tunggu, tapi tak pergi juga. Malu dengan kawan-kawan…jadi tekanan bagi kami bila orang tanya bila nak pergi?”

Sementara itu, seorang lagi mangsa yang berusia 71 tahun kesal dengan tindakan wanita itu setelah dia dan birasnya kerugian sejumlah RM7,100.

Sehingga kini, pelbagai alasan diberikan ustazah berkenaan, termasuklah mendakwa tiada tiket.

Selepas berasa tertipu, mereka membuat aduan di Pejabat Persatuan Pengguna Kedah (CAKE).

Setiusaha CAKE, Mohd Yusrizal Yusoff memberitahu pihaknya akan menjalankan siasatan menyeluruh terhadap dakwaan tersebut.- ASTRO AWANI

Artikel Berkaitan

‘Tahniah Dr Sirajuddin’ – Anwar

Kuala Lumpur: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah kepada Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) Datuk Dr

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *