Home » Citra Yadim » Banjir : YADIM dan rakan NGO bantu pindahkan pesakit strok

Banjir : YADIM dan rakan NGO bantu pindahkan pesakit strok

KUCHING – Cakna dengan keperluan orang ramai akibat banjir yang melanda negeri ini, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Sarawak terus berkhidmat membantu mereka yang memerlukan dalam pelbagai aspek.

Bukan sahaja menyumbang bekalan makanan, malah mereka turut membantu memindahkan seorang pesakit strok ke sebuah Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di sini pada 14 Januari.

Pesakit tersebut dibawa menaiki bot dengan bantuan ahli keluarga dan rakan rakan badan bukan kerajaan (NGO) ke PPS Sekolah Kebangsaan Enche Buyong di sini pada jam 8 malam.

Antara NGO yang bersama adalah Nasarudin Care, Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Kuching , Yayasan Ikhlas Sarawak , Kelab Sukan Jabatan Agama Islam Sarawak (KESUJA), Sukarelawan YADIM, Persatuan Kebajikan Pelajar Islam Sarawak (PERKEPIS) serta Angkatan Belia Islam Malaysia Sarawak .

Terdahulu, YADIM dan rakan rakan NGO Islam ini dengan sukarelawan seramai 21 orang, menyampaikan bantuan di PPS Batu Maru.

Selain ke PPS Batu Maru, bantuan makanan juga diagihkan terus ke rumah rumah mangsa banjir sekitar kawasan ini.

Antara aset yang digerakkan dalam misi pada 14 Januari ini termasuklah dua buah bot dan empat buah kenderaan pacuan empat roda termasuk Toyota Hilux milik YADIM.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *