Home » Langit Terbuka » Bayaran haji tak naik

Bayaran haji tak naik

SHAH ALAM 4 Jan. – Lembaga Tabung Haji (TH) mengesahkan perlaksanaan Nilai Cukai Tambah (VAT) pada kadar lima peratus yang diperkenalkan kerajaan Arab Saudi tidak memberi impak kepada jemaah haji muassasah kali pertama.

Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Seri Johan Abdullah berkata, pihaknya sedia maklum dan telah mengambil kira faktor cukai nilai tambah tersebut dalam pengiraan kos operasi musim haji bagi 2018.

“Perlaksanaan VAT tidak memberi impak secara langsung kepada jemaah haji muassasah kali pertama kerana bayaran haji kekal RM9,980,” katanya dalam satu kenyataan.

VAT diperkenalkan oleh Arab Saudi dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) buat kali pertama bermula 1 Januari lalu, dengan lima peratus dikenakan terhadap kebanyakan barangan dan perkhidmatan.

Selain VAT, Arab Saudi juga memasukkan cukai ke atas tembakau dan minuman ringan serta memotong sesetengah subsidi yang ditawarkan kepada penduduk tempatan.

Namun begitu, Johan berkata, keseluruhan subsidi haji yang ditanggung oleh TH dijangka meningkat kepada RM400 juta seperti yang telah diumumkan sebelum ini.

“Dalam mendokong aspirasi kerajaan untuk menjaga kebajikan jemaah haji Malaysia agar dapat menunaikan ibadah haji dengan selesa, TH sejak 2009 telah menanggung lebih daripada RM1 bilion subsidi haji,” katanya.- SINAR HARIAN

Artikel Berkaitan

Ribuan wanita di Malaysia  pencari nafkah

PADA era ekonomi globalisasi kini yang sangat mencabar menjangkaui keupayaan individu melalui Revolusi Perindustrian 4.0 telah menampakkan perubahan yang ketara dari segi

Seiring Dakwah dan Amal

Alhamdulillah, kebelakangan ini, ramai dalam kalangan umat Islam yang cuba mengambil peluang menyampaikan dakwah terutamanya melalui kemudahan media sosial. Hal ini sebenarnya

Mus’ab Bin Umair: Menjadi Duta Umat

Hari ini tidak seperti dahulu. Pengamalan ajaran Islam sudah semakin meluas. Baik sekecil-kecil perkara seperti rancangan keagamaan di kaca televisyen sehinggalah pelaksanaan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *