Home » Langit Terbuka » Bayi, ibu bapa Islam dikecam

Bayi, ibu bapa Islam dikecam

Pasangan suami isteri Naime dan Alper Tamga bersama bayi mereka, Asel. - Foto https://kep.cdn.indexvas.hu/

PRESIDEN Austria terpaksa masuk campur selepas satu pasangan Islam yang anak mereka menjadi rakyat pertama negara itu dilahirkan pada 2018, dikecam serta dihina pengguna media sosial dengan komen perkauman serius.

Bayi itu, Asel Tamga, dilahirkan pada 12.47, 1 Januari 2018 dan kelahirannya disiarkan media tempatan dan Facebook bersama gambar ibu bapanya, Naime dan Alper Tamga yang gembira, namun ibunya memakai tudung.

Menurut Daily Mail, selain ribuan komen ucapan selamat, terdapat banyak komen perkauman mengecam mereka.

Seorang pengguna menulis: “Seorang lagi bakal pengganas lahir.”

Pengguna lain menulis: “Ibunya ada barah? Kenapa dia pakai tudung tutup kepalanya?”

Berikutan itu, Presiden Austria, Alexander Van der Bellen, 73, masuk campur dengan berkongsi berita kelahiran bayi berkenaan di Facebook beliau, mengutuk pengguna yang memberi komen negatif.

Beliau menulis: “Semua manusia dilahirkan bebas, mempunyai hak yang sama serta maruah.

“Keyakinan dan perpaduan lebih hebat berbanding kebencian dan kecaman.”

Menurut media tempatan, kecaman yang diterima terlalu banyak dan keji menyebabkan Facebook memadamkan berita berkenaan.- HARIAN METRO

Artikel Berkaitan

‘Tahniah Dr Sirajuddin’ – Anwar

Kuala Lumpur: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah kepada Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) Datuk Dr

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *