Home » Persuasif » “Be humble, it costs nothing”

“Be humble, it costs nothing”

Pengerusi Tata Groups, J R D Tata

Oleh LUQ AL-FATEH

Amitabh Bachchan says…”At the peak of my career, I was once travelling by plane. The passenger next to me was an elderly gentleman dressed in a simple shirt and pants. He appeared to be middle class, and well educated.

Other passengers perhaps recognising who I was, but this gentleman appeared to be unconcerned of my presence… He was reading his paper, looking out of the window, and when tea was served, he sipped it quietly.

Trying to strike a conversation with him I smiled. The man courteously smiled back and said ‘Hello’.
We got talking and I brought up the subject of cinema and movies and asked, ‘Do you watch films?’
The man replied, “Oh, very few. I did see one many years ago.”

I mentioned that I worked in the movie industry.
The man replied..”Oh, that’s nice. What do you do?”
I replied “I am an actor.”
The man nodded, “Oh, that’s wonderful!” And that was it…
When we landed, I held out my hand and said, “It was good to travel with you. By the way, my name is Amitabh Bachchan!’

The man shook my hand and smiled, “Thank you… nice to have met you..I am J R D Tata (Chairman of Tata Group)!”

I learned on that day that no matter how big you think you. are, there is always someone *bigger*.
*Be humble, it costs nothing.*

*****

Coretan kisah aktor Bollywood tersohor, Amitabh Bachchan mengenai pertemuannya dengan Pengerusi Tata Groups menjentik hati penulis. Ia kisah tentang perasaan merendah diri yang melambangkan jiwa seorang insan yang mulia. Yang tahu bahawa segala kenikmatan, kesenangan dan pemilikan yang kita ada di dunia ini hanya bersifat sementara.

Amitabh Bachchan yang dikenali umum, merupakan seorang permata dunia perfileman India yang telah berdiri dengan bakat, pesona dan karakternya yang tersendiri. Namanya sedang berada di kemuncak kerjayanya dan mula dikenali ketika itu. Di dalam dirinya mungkin ada rasa dirinya hebat dan popular kerana daripada seorang yang biasa menjadi seorang yang terkenal.

JRD Tata atau nama sebenarnya Jehangir Ratanji Dadabhoy Tata pula, konglomerat terkenal India yang berjaya membina industri perniagaan yang berprestij dengan menjadi pemilik Tata Group,  Tata Sons dan pengasas Tata Motors yang beroperasi di India. Dia dilihat memiliki segala-galanya. Kalau mengikut sifir manusia biasa, dia boleh berbangga dan memperkenalkan diri sendiri dan menceritakan kejayaannya yang sangat cemerlang. Namun sebaliknya yang berlaku.

Kita sendiri sukar untuk mendidik diri kita menjadi seorang yang merendah diri. Kadang-kala dek kerana iman yang sering turun naik, kita pernah berasa bangga diri dengan kekayaan, pencapaian, ketrampilan, kebijaksanaan atau kelebihan yang ada pada diri kita. Dalam diri kita bergolak rasa ujub dan kita mahu orang lain tahu mengenai segala-galanya yang kita punyai itu.

Sedangkan Allah SWT telah menyebut dalam beberapa ayat al-Quran mengenai perkara ini. Firman Allah SWT yang bermaksud: “Dan hamba-hamba Allah yang Maha Penyayang, ialah orang yang berjalan di atas muka bumi dengan rendah hati dan apabila orang-orang jahil mengajak bertengkar dengan mereka, mereka balas dengan ucapan-ucapan bijaksana.” (al-Furqan:63)

Malah Allah telah memberi amaran kepada mereka yang menyombong diri dalam firman-Nya yang bermaksud: “Aku akan memalingkan orang-orang yang menyombongkan dirinya di muka bumi tanpa alasan yang benar dari tanda-tanda kekuasaan-Ku. Mereka jika melihat tiap-tiap ayat-Ku, mereka tidak beriman kepadanya. Dan jika mereka melihat jalan yang membawa kepada petunjuk, mereka tidak mahu menempuhnya, tetapi jika mereka melihat jalan kesesatan, mereka terus menempuhnya. Yang demikian itu adalah kerana mereka mendustakan ayat-ayat Kami dan mereka selalu lalai daripadanya.” (al-A’raaf :146)

Sifat merendah diri merupakan sifat terpuji dan harus dipasak dalam diri setiap Muslim. Sifat ini lahir daripada rasa tunduk dan menerima kebenaran dan segala kebaikan serta keburukan, tiada sekelumit rasa sombong dan berbangga diri. Ini kerana pemilik kepada segala kehebatan ialah Allah SWT. Seharusnya kita harus bermuhasabah, kenapa kita mesti memiliki perasaan bangga diri sedangkan ia hanya milik Allah. Wajarkah kita sebagai hamba-Nya, yang dicipta oleh-nya berasa kita boleh berperasaan sebegitu?  Sebagaimana lirik lagu kumpulan nasyid Rabbani, Mana Milik Kita.

Budaya masyarakat hari ini yang seolah-olah ingin menayangkan segala aktiviti mereka di laman sosial. Aktiviti makan angin, makan di restoran-restoran terkenal atau mewah, melancong, dapat membeli barangan yang mahal, semua mahu diumumkan. Kadang-kadang ada juga pernyataannya dimulakan dengan kalimah alhamdulillah tapi di hujungnya seakan-akan ada unsur riak pula di dalamnya. Contohnya, “Alhamdulillah murah rezeki tahun ni dapat berjalan-jalan dengan keluarga di Amsterdam. Terima kasih ya, Allah.”

Tanpa kita sedar, perlakuan sebegini telah melahirkan budaya baharu dan sehingga dikatakan wujud budaya berdoa dan mengucap syukur di laman sosial. Betul, mungkin kita berniat baik, mahu berkongsi kegembiraan dengan orang lain tetapi kita perlu berfikir adakah semua orang akan berasa senang dengan pernyataan tersebut? Mungkin ada yang berasa sakit hati dan sedih kerana tidak mampu untuk berbuat demikian.

Kita berasa berbangga dengan kebolehan dan kepakaran kita, dan tanpa sedar kita berkata, “Oh! Dalam pejabat ni saya saja yang pakar dalam berpidato. Semua orang akan terpaku apabila mendengar saya berkata-kata.” Atau ada ketikanya kita berbicara dalam nada tenang, contohnya, “Semua kerja ni sayalah yang buat.” Dengan niat  mahu dipuji oleh orang lain.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Sombong adalah menolak kebenaran dan meremehkan manusia.” (HR Muslim)

Kita terlupa bahawa segala keupayaan kita adalah di bawah kekuasaannya. Contohilah ulama dan ilmuan muktabar yang sentiasa bersikap zuhud dengan ilmu-ilmu yang dibekalkan oleh Allah SWT yang hakikatnya bukan untuk kepentingan diri sendiri tetapi untuk kemaslahatan ummah. Bagi mereka, tiada keperluan untuk mereka menunjuk-nunjuk kehebatan. Paling aula ialah menyalurkan segala ilmu yang mereka ada untuk dimanfaatkan dan disampaikan dari satu generasi ke satu generasi.

Alat kawalannya adalah daripada diri kita sendiri. Kita yang perlu mendidik jiwa dan menginsafi tentang keberadaan kita di muka bumi Allah ini. Contoh tauladan yang terbaik sudah tentulah Rasulullah SAW yang disifatkan sebagai manusia tetapi bukan manusia biasa. Masya-Allah, Baginda yang merupakan seorang pemimpin negara masih kekal dan tebal dengan sifat merendah diri atau tawaduknya, apatah lagi kita?

Baginda sentiasa menyantuni rakyat, para sahabat, kaum keluarga Baginda tanpa mendabik dada yang Baginda perlu dilayan secara luar biasa. Tiada kata-kata cacian, cercaan, sindiran lahir daripada bibir Baginda. Hakikatnya, sirah Baginda penuh dengan pedoman yang sekiranya kita meneladaninya, kita berada di landasan yang benar sebagai pengikut Baginda.

Benarlah kat Big B, jadilah seorang yang merendah diri, tiada kos yang diperlukan. Sebaliknya, kita pula lebih disenangi dan dihormati.

Mana milik kita
Tidak ada milik kita
Semua yang ada
Allah yang punya

Tidak ada kita punya
Kita hanya mengusahakan saja
Apa yang kita dapat
Allah sudah sediakannya

Kita Allah punya
Dunia ini ciptaan-Nya

Miliklah apa saja
Tidak terlepas dari ciptaan-Nya

Mana kita punya
Tidak ada kepunyaan kita

Kita hanya mengusahakan
Apa yang telah ada

Mengapa kita sombong
Memiliki Allah punya
Mengapa tidak malu
Kepada Allah yang empunya

Patut bersyukur kepada Allah
Yang memberi segalanya

Malulah kepada Allah
Kerana milik Ia punya

Janganlah berbangga
Apa yang ada pada kita
Kalau Allah tidak beri
Kita tidak punya apa-apa

Janganlah mengungkit
Mengungkit jasa kita
Jasa kita di sisi-Nya
Yang sebenarnya Allah punya

Marilah kita bersyukur
Bukan berbangga

Bersyukur kepada Allah
Bukan mengungkit jasa

Gunakanlah nikmat Allah itu
Untuk khidmat kepada-Nya
Selepas itu lupakan saja
Agar tidak mengungkit-ungkitnya

(Lirik lagu “Mana Milik Kita”  dari kumpulan Rabbani)

  • MAJALAH DAKWAH

Artikel Berkaitan

Majlis Hari Raya Aidilfitri Muhibah Madani

GOLONGAN bukan Muslim didekati YADIM menerusi pelbagai program dan pendekatan dakwah. YADIM Negeri Selangor umpamanya dengan kerjasama tiga rakan strategik iaitu MACMA,

SEMINAR Kepimpinan Altruistik MADANI

  SEMINAR Kepimpinan Altruistik MADANI merupakan sebuah program yang dilaksanakan dengan kerjasama rakan strategik YADIM Negeri Sembilan dan Melaka iaitu Institut Pendidikan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *