Home » Citra Yadim » Bengkel Kejurulatihan Modul Malaysia Madani

Bengkel Kejurulatihan Modul Malaysia Madani

BENGKEL Kejurulatihan Modul Malaysia Madani telah berlangsung pada 23 September di Ipoh Perak.
Disertai oleh seramai 150 peserta, ia melibatkan ahli-ahli badan bukan kerajaan Islam negeri Perak antaranya, WADAH, ABIM, KPIP, IKRAM, MAPIM, SALIMAH, PELITA dan SERI.
Program ini merupakan anjuran bersama Jabatan Perdana Menteri Hal Ehwal Agama, Duat Al-Falah, Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM), YADIM dan Institut Darul Ehsan (IDE).
Mewakili YADIM dalam program ini ialah Pengarah Kanan Sektor Pembangunan Ummah dan Wanita, Encik Ahmad Saparudin Yusup.
Dalam ucapannya beliau menyatakan YADIM komited meningkatkan jumlah pendakwah dalam masyarakat.
Pada masa yang sama, akan kekal dalam gerak kerja menyelaraskan badan bukan kerajaan Islam di negara ini serta menyuburkan dan menguatkan pengamalan amal islami dalam masyarakat.
Majlis perasmian penutup disempurnakan oleh Setiausaha Politik kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Muhammad Razak Idris.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *