Home » Langit Terbuka » Berlagak mangsa! Isr@el terdesak sebar video propaganda konon diserang

Berlagak mangsa! Isr@el terdesak sebar video propaganda konon diserang

Contoh sebaran propaganda IDF sebelum ini kononnya menjadi mangsa dalam keganasan yang mereka sendiri mulakan. Foto BBC

RAMALLAHBerlagak seperti mangsa! Itulah tindakan yang cuba ditonjolkan rejim penjajah Isr@el ketika ini, meskipun Tel Aviv kini sudah membunuh 103 nyawa Palestin di Semenanjung Gaza. 

Sejak malam tadi, tentera pengganas Isr@el memuat naik video propaganda di Twitter yang ditujukan kepada masyarakat Barat, kononnya mereka adalah mangsa keganasan. 

Video itu mendakwa Israel ‘diserang’ dan mahu Barat membandingkan serangan yang pernah berlaku di London, Paris dan Washington. 

“Bagaimana jika (situasi) ini di Paris, Washington dan London?,” tulis Pasukan Pertahanan Isr@el (IDF) yang dilihat cuba meraih simpati dan perhatian Barat. 

Ciapan di Twitter itu disertakan dengan muzik dramatik dan rakaman di Ashkelon, Tel Aviv, Baitulmaqdis dan seluruh Israel yang didakwanya diserang. 

Ketegangan tercetus di Baitulmaqdis susulan pengusiran keluarga Palestin di Sheikh Jarrah yang didakwa penjajah Israel sebagai usaha untuk menjaga identiti Yahudi Baitulmaqdis. 

Susulan itu, tentera Isr@el mula melancarkan serangan ke atas Masjid Al-Aqsa ketika mana jemaah Palestin sedang menunaikan solat tarawih melalui tembakan peluru getah dan gas pemedih mata. 

Ketegangan semakin meningkat, apabila tentera pengganas Isr@el melancarkan pula serangan udara di Gaza yang membunuh 103 rakyat Palestin, termasuk 27 kanak-kanak dan 11 wanita.- Ismaweb

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *