Home » Citra Yadim » Bicara Dakwah, Forum Perdana Khas di Kundasang Sabah

Bicara Dakwah, Forum Perdana Khas di Kundasang Sabah

Kun – YADIM Kedah telah bekerjasama dengan Pertubuhan Pembangunan Pendidikan Sabah (PISA), Pertubuhan Hal Ehwal Sekolah Agama (HESA) dan Madrasah Nurul Hidayah Yasin untuk menjayakan Forum Perdana Khas sempena mengenang almarhum Tuan Guru Syeikh Ahmad Fahmi Zam Zam di Masjid Kundasang Sabah pada 30 Januari.

Pengarah YADIM Kedah Ustaz Mohd Aizat Zakaria telah bertindak selaku sebagai moderator forum.

Tiga orang ilmuan telah dijemput sebagai ahli panel forum iaitu Yang Berhormat Senator Dato’ Ustaz Haji Ahmad Yahaya, Tuan Guru Ustaz Johari Morad dan Tuan Guru Ustaz Ismail Mahmud.

Lebih 300 hadirin telah membanjiri ruang solat utama masjid untuk menyaksikan forum Perdana yang bertajuk ‘Fitnah Akhir Zaman’ ini.

Hadir sama Pengerusi PISA,  Ustaz Anuar Ali dan Ustaz Lukman Muhiman, Imam Masjid Jamik Kundasang.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *