Home » Citra Yadim » Bicara Dakwah semarakkan Maal Hijrah

Bicara Dakwah semarakkan Maal Hijrah

KUALA TERENGGANU 17 Okt. – Sempena kedatangan bulan Muharram dan sambutan Maal Hijrah 1438, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) Zon Timur telah melaksanakan program Bicara Dakwah di empat buah masjid di negeri ini.

Eksekutif Yadim Zon Timue, Nasrul Hadi Saidin berkata, program berkenaan diadakan bagi menyemarakkan lagi kedatangan tahun baru Islam sekaligus memberi kesedaran kepada anggota masyarakat terutama generasi muda tentang tahun baru Islam.

“Kebiasannya anggota masyarakat terutama generasi muda kurang memberi perhatian kepada tahun baru Islam berbanding tahun masehi, justeru, usaha perlu dilakukan bagi menyemarakkan lagi kedatangan tahun hijrah yang baru,’’ katanya.

Beliau berkata, Bicara Dakwah diadakan di empat buah daerah iaitu)- Masjid Sultan Mahmud, Bandar al Muktafi Billah Syah, Masjid al-Islah, Kampung Limbongan, Besut, Masjid Bukit Parit, Marang dan Masjid Kampung Tengkawang, Kuala Berang .

Jelasnya, secara ringkasnya program Bicara Dakwah diadakan dengan tujuan menyemarakkan lagi bukan kebesaran Islam dan mengisi sambutan itu dengan program-program dakwah yang memberi manfaat kepada anggota masyarakat.

“Ceramah yang disampaikan dalam program ini juga mampu menyemai dan menyemarakkan semangat cintakan agama dan tanahair.

“Program ini juga megajak anggota masyarakat menghayati semangat perjuangan Rasulullah dan para sahabat dalam memperjuangkan Islam sekaligus meningkatkan lagi rasa kecintaan mereka kepada agama dan baginda Rasulullah,’’ katanya..

Menurutnya, program ini secara keseluruhannya telah berjaya dan mendapat sambutan yang baik kepada penduduk luar bandar dan rata-rata mereka merasakan program berkenaan perlu diadakan lagi bagi memastikan sambutan Maal Hijrah itu sentiasa diberi keutamaan.

Program ini mendapat kerjasama daripada pejabat agama daerah-daerah, jawatankuasa masjid-masjid terbabit, Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) dan  pejabat Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Putera, Besut.

 

Artikel Berkaitan

Jawi sedia ambil tindakan tegas!

Kuala Lumpur: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) sentiasa mengalu-alukan kerjasama orang ramai untuk membuat aduan berhubung kesalahan jenayah syariah yang dilakukan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *