Home » Citra Yadim » Bicara Motivasi Kepimpinan: 140 Pelajar Turut Serta

Bicara Motivasi Kepimpinan: 140 Pelajar Turut Serta

SIK – Program YADIM Sejahtera:Bicara Motivasi Kepimpinan pada 8 September telah dilaksanakan dengan kehadiran seramai 140 orang pelajar Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Ampang Muda, Belantek, Sik.

Dengan objektif utamanya untuk membina sahsiah dan kepimpinan dalam kalangan pelajar, ia disertai Pembimbing Rakan Sebaya, Pengawas Pusat Sumber dan Pengawas Sekolah.

Program ini bertujuan memberi dorongan kepada para pelajar agar lebih bersungguh-sungguh mencapai kejayaan disamping membentuk kepimpinan dan disiplin diri yang baik.

Sesi motivasi telah disampaikan oleh Pegawai Penjara Pusat Reintegrasi Penghuni, Kota Kuala Muda, Ustaz Affendy Md. Akhir.

Turut bersama Guru Besar sekolah, Encik Md. Yusof Mat Hashim, Pengerusi Sukarelawan YADIM Sungai Petani, Encik Zamri Yaacob dan guru-guru sekolah berkenaan.

Artikel Berkaitan

40 orang peserta sertai Bengkel Memanah

PASIR PUTEH – Seramai 40 orang peserta daripada pelbagai lapisan masyarakat telah menyertai Bengkel Memanah bertemakan “Aim High, Fokus Jati Diri” yang

Search
ARKIB
KATEGORI

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *