Home » Langit Terbuka » Bilal mangsa simbah petrol dan bakar meninggal dunia

Bilal mangsa simbah petrol dan bakar meninggal dunia

Bilal bilal Masjid Al Hasanah, yang melecur akibat dibakar, koma selepas pembedahan mengambil isi peha sebelum meninggal dunia pada 16 Mac. - Foto Sinar Harian

ALOR SETAR – Seorang bilal masjid yang melecur akibat dibakar selepas disimbah petrol bulan lalu dilaporkan meninggal dunia hari ini setelah 22 hari dirawat di Unit Rawatan Rapi (Kebakaran), Hospital Sultanah Bahiyah (HSB).

Anak sulung bilal Masjid Al Hasanah, Taman Rakyat, Mergong, Amri Budin, 66, memaklumkan ayahnya tidak menunjukkan tindak balas kepada ibunya, Habsah Mustafa sejak jam 11 pagi pada 16 Mac sebelum menghembuskan nafas kira-kira jam 4 petang.

Shahrizal Amrin berkata selepas bapanya menjalani pembedahan mengambil isi peha bagi menggantikan bahagian kulit melecur di bahagian kiri badannya, arwah bapanya koma dan tidak sedarkan diri.

Katanya, doktor memaklumkan keadaan bapanya makin tenat dan ahli keluarga diminta berkumpul untuk melihat keadaannya buat kali terakhir.

“Kita dah buat macam-macam, sudah tebuk dekat leher, tebuk sudah banyak, tidak mahu seksa dia,kalau dia hendak pergi, pergilah,” katanya ketika ditemui Astro AWANI.

Shahrizal berkata, mereka sekeluarga menyerahkan kepada polis untuk menjalankan siasatan lanjut terhadap suspek berusia 40-an yang ditahan polis pada hari kejadian.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *